Skip to content

RASAI NIKMAT KEDESAAN DI NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Kongsikan artikel ini

School’s out, and fun is in! Sudah pasti, di musim cuti persekolahan ini ramai sudah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga tersayang bukan? Yang pasti, bercuti tidak semestinya anda perlu pergi jauh-jauh ke luar negara sedangkan banyak tempat-tempat menarik tempatan yang menunggu untuk menyambut kedatangan anda. GL sarankan untuk cuba merasaikan mengalaman dan nikmat kedesaan di Natasya Riverside Resort yang terletak di Gopeng, Perak.

(Photo credit: 123mama.net)

Walaupun baru dilancar dan dibuka pada orang awam pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima dilihat cukup baik dan memberangsangkan. Pertama kali GL menjejakkan kaki ke sini, hati mula tertawan dengan suasananya tenang dan mendamaikan. Ternyata resort yang dibina dalam suasana desa adalah sesuatu yang tidak akan kita temui di kota metropolitan. Namun, itu bukan bermaksud anda tidak boleh bergembira saat kaki melangkah ke sini. Ini kerana banyak aktiviti menarik boleh anda rancang.

(Photo credit: 123mama.net)

Buat mereka yang sukakan aktiviti lasak, semestinya kami mencadangkan untuk anda mencuba aktiviti water rafting yang ternyata mencabar daya tahan anda.

(Photo credit: 123mama.net)

Selain itu, banyak lagi aktiviti boleh anda luangkan antaranya aktiviti menunggang kuda, menikmati bufet durian, archery, jelajahan gua tempurung dan banyak lagi. Natasya Riverside Resort Gopeng ini juga sangat bersesuaian buat mereka yang ingin mengadakan hari keluarga. Yang pasti, segala kemudahan memang sudah disediakan untuk aktiviti santai mahupun formal seperti brainstorming, team building ataupun trip syarikat. Di samping menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena disediakan juga merupakan antara tarikan utama resort ini.

Setakat ini terdapat 19 kabin dan setiap satunya mempunyai tiga buah katil bujang dan satu bilik air. Walaupun dekorasinya sederhana,  namun bilik berhawa dingin ini sangat selesa untuk didiami.

(Photo credit: 123mamanet.com)

(Photo credit: 123mamanet.com)

(Photo credit: 123mamanet.com)

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut termasuk pakej dan harga yang ditawarkan boleh melayari FB Natasya Riverside Resort ataupun Instagram @natasyariverside)

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Disember 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
Managala Resort

‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Bacaan Lanjut
Tanah Gajah Ubud Bali

TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut