OMEGA MERAI LEGASI PERAKAM WAKTU
Rumah arloji Omega sudah menjadi perakam waktu rasmi untuk 27 kali temasya sukan Olimpik. Sejak tahun 1932 lagi, Omega mengendong komitmen bagi memperkukuhkan profil jenamanya di dalam mentakrifkan seutas jam tangan yang dialiri ketepatan, inovasi serta kesungguhan. Terus, memperlihatkan usahanya yang berterusan.

Tahun ini mencatatkan 86 tahun usaha Omega memartabatkan warisanketukangan hasil kearifan para pembuatnya. Omega berbesar hati membentangkan jam tangan himpunan Sukan Olimpik Seamaster. Di mana ia meraikan keunggulan juga warisan sebagai perakam waktu dengan lima variasi utas jam tangan yang digarap mengikut setiap rona cincin berjalin, lambang temasya sukan tersohor ini. Rona hitam, kuning, hijau, biru dan merah ini membiaskan spiritnya yang energetic tatkala mencedok inspirasi dari beberapa jam randik lama ciptaan Omega.

Termasuk pada acara tahun 1976 di Montreal and Innsbruck. Ia ditampilkan pada permukaan jam yang berkubah lalu dail jam yang berlamankan rona hitam supaya dibaca dengan sekilas pandangan. Jarum pemasa pula digubah sporty dengan penunjuk waktu diolah sedikit tebal serta trek minit yang kontras pada lingkaran luar warna putih. Bagi meningkatkan semangat atletiknya, jam dipaparkan sama penghitung detak nadi mengikut setiap satu lambing rona cincin Olimpik.

Jam ini disempurnakan dengan tali kulit berlubang mikro baik untuk gaya serta bertujuan bagi menganginkan kulit pemakainya. Dikuasakan dengan kaliber Master Chronometer 8800, hanya ditampilkan 2032 utas bagi setiap model yang merujuk kepada komitmen Omega sebagai Perakam Waktu.
Oleh Editorial GL, 1 Ogos 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.










