SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA
Peta Global Offline Percuma
Jam tangan pintar ini hadir dengan peta dunia yang lengkap secara percuma. Dan paling penting, boleh digunakan secara offline. Peta terbaharu ini dibina di atas sistem navigasi Suunto yang terkni melalui aplikasi Suunto. Dengan heatmap, peta 3D dan jenis permukaan jalan dapat dibungkan dengan mudah terus ke pergelangan tangan. Oleh itu, pengembara akan berasa lelaki selamat dan penuh keyakinan untuk memulakan pengembaraan.
Lelaki alpha tidak perlu risau tentang kuasa jam tangan kembara terbaharu ini. Suunto Vertical dikuasakan dengan kuasa bateri yang lebih hebat berbanding jenama lain. Ia mampu digunakan selama 85 jam untuk merakamkan latihan tanpa henti bersama ketepatan penjejakan lokasi dengan varian solar titanium dan 60 jam dengan varian keluli tanpa karat. Mod Tour pula yang masih memberikan penjejakan lokasi tepat dengan 500 jam latihan tanpa henti. Untuk kegunaan harian, ia boleh digunakan selama 60 hari , atau sehingga setahun dengan varian solar titanium.
Rangkaian Vertical ini boleh dihubungkan dengan lima sistem satelit berbeza iaitu GPS, GLONASS, GALILEO, BEIDOU, dan juga QZSS. Serta sehingga 32 satelit individual secara serentak. “Ia boleh berkomunikasi dengan semua lima sistem satelit utama melalui Dual Frequency iaitu jaringan pantas yang lebih cepat dan berkesan,” – tambah Pteri Lehtovirta.
Desain terbaharu daripada Suunto ini dihasilkan di kilang mereka yang terletak di Finland dengan menggunakan 100% kuasa kitar semula. Ini meneruskan lagi kelestarian dan ketelusan yang mahu diperkenalkan oleh mereka, selain mengesahkan kiraan cap kaki karbon dengan Verified Carbon Units.
Kombinasi desainFinland sejak 1936 dengan penggunaan material berkualiti seperti kaca nilam, keluli tanpa karat dan titanium pada model terpilih. Jam tangan pintar premium ini menjanjikan tahap ketahanan yang maksima. Selain melepasi standard askar tertinggi dan telah dicuba sendiri oleh atlet tertaraf antarabangsa.
Suunto Vertical boleh didapati pada harga RM2,799.00 (varian keluli tahan karat) dan RM3,799.00 (varian solar titanium) secara atas talian di sini.
Foto: Suunto Malaysia
Baca lebih lanjut: SEVENFRIDAY GAMES 2023 KEMBALI DI BALI, INDONESIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
PENGALAMAN HOROLOGI BELL & ROSS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX
Bell & Ross meneruskan keunggulan pengembaraan horologi di Malaysia dengan pembukaan butik jam tangan terbaharu yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
CABAR SEMPADAN GAYA DENGAN JAM TANGAN FRANCK MULLER VANGUARD BEACH BAHARU
Franck Muller memperkenalkan koleksi jam tangan Vanguard Beach terbaharu yang hadir dalam tiga pilihan warna yang bold, lebih berani dan penuh energi untuk lelaki masa kini.
“TRUE HEROISM ADALAH MEMBERI TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.” – BETO KUSYAIRY #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema "Our Heroes" tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Beto Kusyairy sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul menyinari bakatnya kepada industri seni lakonan Malaysia.
KENALI PERBEZAAN MINYAK WANGI PARFUM, EDP, EDT, COLOGNE
Masih ada lelaki di luar sana tetap konfius dengan jenis kepekatan bau wangian. GL ajar anda dan fahami dengan mudah.
JAM TANGAN OMEGA PILIHAN EDDIE REDMAYNE
OMEGA melancarkan koleksi jam tangan Aqua Terra Shades yang mengekspresikan hala tuju baharu yang lebih berwarna bersama Eddie Redmayne.