TAK PERLU ‘MELIHAT’, ANDA KINI BOLEH ‘MERASAI’ MASA. EONE BRADLEY, JAM UNIK EDARAN POLY WATCH
Pemilikan satu-satu utas jam tangan barangkali berbalik kepada minat individu terbabit. Ada yang meminati jam yang minimalis, ada pula yang mengidamkan jam tangan yang analog berbanding digital. Dan kini, perusahaan membuka kedai jam tangan bertindak sebagai gatekeeper kepada kemasukkan jenama jam-jam tangan yang pasti menambah pilihan buat pengguna.
Dan Poly Watch adalah satu-satunya perusahaaan tempatan yang memperkenalkan jam tangan idaman antaranya EONE Bradley yang ternyata antara jenama jam tangan unik. GL berkesempatan menemubual Junda Chan tentang asal usul Poly Watch dengan jenama di bawahnya, EONE BRADLEY.
GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan tentang sejarah perusahaan Poly Watch.
JUNDA CHAN: Poly Watch diasaskan oleh bapa saya, Encik Chan Kin Peng sejak tahun 1990 lagi. “Poly” menunjukkan kepelbagaian; Poly Watch bererti variasi pilihan jam tangan yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan pada ketika itu. Encik Chan memulakan perusahaan jam tangan di kedai kereta di Punca Emas, Seremban yang merupakan pusat membeli-belah yang terkenal ketika itu. Lebih mesra dipanggil Ah Peng, maka logo Poly Watch turut disertakan dengan “P”. Pada masa ini, Poly Watch mempunyai dua (2) kedai fizikal yang terletak di Aeon Mall Seremban 2 dan Aeon Mall Bandaraya Melaka. Pada tahun 2015, saya mengambil alih pengurusan perniagaan ini dan antara. cabaran yang saya hadapi ialah bekalan yang terlalu banyak serta pasaran digital.
GLAM Lelaki: Apakah keunikkan Poly Watch berbanding perusahaan jam tangan yang lain di pasaran sekarang?
JUNDA CHAN: Dunia berubah pesat dan sebagai generasi kedua perlu merancang dalam menerapkan elemen “keterujaan” dalam perniagaan. Melangkah dalam perniagaan atas talian adalah sebahagian daripada langkah yang mesti kita sesuaikan diri. Menerusi www.polywatch.com.my, kami berkongsi dan menjual jam tangan yang berkualiti dan bernilai untuk setiap ringgit dibelanjakan. Keutamaan kami adalah untuk memastikan pengguna berpuas hati.
Jenama pertama yang kami bawa masuk ke dalam pasaran Malaysia adalah EONE Bradley, satu jenama jam tangan yang diusahakan oleh Hyungsoo Kim, siswazah dari MIT. Mengapa EONE Bradley? EONE Bradley, we don’t call it a watch but a timepiece, kerana anda tidak perlu lagi “melihat” masa tetapi kini anda boleh “merasakan” masa. Menarik, unik dan bergaya, EONE Bradley jam tangan yang membayangkan semula reka bentuk jam tangan biasa yang mempunyai tiga jarum (jarum jam, jarum minit & jarum kedua), sebaliknya ia menggunakan dua bola logam untuk memberitahu masa. Kualiti material jam tangan ini pula dari bahan yang berkualiti (titanium, seramik, dan keluli tahan karat) bersesuaian dengan nilai dan harga.
GLAM Lelaki: Sasaran pelanggan anda pula bagaimana?
JUNDA CHAN: Sasaran pelanggan kami adalah mereka yang mengemarkan kualiti dan reka bentuk berbanding jenama. Di pasaran jam tangan semasa, kebanyakan jenama jam tangan terlalu mahal (overprice). Sebagai contoh, jenama A dan jenama B mempunyai pergerakan, reka bentuk dan spesifikasi yang sama, tetapi jenama A lebih popular, maka harganya lebih tinggi berbanding B. Ironinya, pelanggan masih ingin membeli jenama A kerana ia lebih berjenama.
GLAM Lelaki: Visi POLY WATCH?
JUNDA CHAN: Visi PolyWatch adalah untuk menjadi platform dalam talian paling dipercayai di Malaysia apabila berkaitan dengan jualan dan pemilikan jam tangan. Kami akan terus mendapatkan lebih banyak jam tangan unik di seluruh dunia. Moto kami adalah “WHY ORDINARY WHEN WE CAN BE EXTRAORDINARY?”
GLAM Lelaki: Di mana anda melihat jenama EONE Bradley di dalam tempoh 5 tahun akan datang?
JUNDA CHAN: EONE Bradley seperti karya fesyen dan seni. Reka bentuk produk ini adalah minimum dan anda tidak akan merasa bosan dengannya. EONE boleh memakai oleh semua orang, setiap hari, di waktu kasual atau formal.
GLAM Lelaki: Bagaimana dan di mana untuk membeli?
JUNDA CHAN: Anda boleh memilih dan membeli EONE Bradley di laman sesawang kami, www.polywatch.com.my lawati kedai fizikal kami di
- Poly Watch, AEON Mall Seremban 2 – F33
- Poly Watch, AEON Mall Bandaraya Melaka – G77A
- World of Watches 2, Bangsar Village II – GF1
PROMOSI
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Februari 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.
KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI
Jam tangan Omega untuk lelaki menawarkan gabungan sempurna antara inovasi teknologi dan elemen elegan yang menonjolkan gaya si pemakai.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.