Skip to content

ALBUM SULUNG DOLLA, NEW CLASSIC MENDAPAT SENTUHAN MAGIS HYUK SHIN

ALBUM SULUNG DOLLA, NEW CLASSIC MENDAPAT SENTUHAN MAGIS HYUK SHIN

Kongsikan artikel ini

Empat tahun menghangatkan industri muzik tanah air, Dolla akhirnya muncul dengan album perdana berjudul New Classic.

Dihasilkan dengan kerjasama komposer tempatan dan antarabangsa, New Classic mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan dan penghasilannya menelan kos beratus ribu ringgit.

Ia menampilkan tujuh lagu merentasi pelbagai genre dari dance pop ke R&B dengan 95 peratus lirik dalam bahasa Inggeris. Lima daripadanya lagu baharu manakala selebihnya telah pun diperdengarkan kepada peminat. Ini termasuk Classic, Damelo, Masa, Drip, Best Side, Bo$$ Up dan Damelo (versi bahasa Inggeris).

New Classic dolla

Lagu utama, Classic berjaya menambat hati pendengar seluruh dunia termasuk Brazil, Kanada, Korea Selatan dan Thailand. Video muziknya yang melibatkan produksi dari Thailand meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube selepas empat hari dilancarkan.

Tabby, salah seorang anggota Dolla meluahkan rasa teruja dengan pelancaran album New Classic, yang sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air.

“Kami masih lagi berada di fasa di mana kami sendiri tidak percaya yang Dolla sudah pun mempunyai album sendiri. Kami juga mendengarnya setiap masa. Kami sangat gembira dan bersyukur.”

New Classic Setaraf Album Antarabangsa

Menariknya, album yang telah lama dinantikan peminat ini mendapat sentuhan daripada penerbit tersohor Korea Selatan, Hyuk Shin. Dia berpengalaman menghasilkan lagu buat barisan artis terkenal seperti Justin Bieber, Anderson .Paak, Super Junior, NCT dan Exo.

Sabronzo melihat kerjasama dengan penerbit berbakat besar ini sebagai peluang hebat untuk menembusi pasaran antarabangsa. Mengakui Hyuk Shin sebagai komposer berkaliber, mereka meletakkan 100 peratus kepercayaan kepadanya kerana yakin dia tahu apa yang terbaik buat Dolla.

“Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hyuk Shin, seorang penerbit muzik yang pernah bekerja dengan artis kelas-A dunia. Beliau menghasilkan dua lagu untuk album kami iaitu Classic dan Boss Up. Proses bekerja juga sangat berbeza dan lebih efisyen. Dia tahu visi sesebuah lagu,” katanya.

 

Pautan berkaitan: DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut

JACKSON WANG, CL & JOE FLIZZOW BAKAL MENGGEGARKAN GOOD VIBES WEEKENDER

Bacaan Lanjut
TOGA ARCHIVES X H&M, PADUAN KLASIK & AVANT-GARDE

TOGA ARCHIVES X H&M, PADUAN KLASIK & AVANT-GARDE

Bacaan Lanjut