COFFEE PRINCE AKHIRNYA MILIK FATTAH AMIN
Setelah beberapa bulan berspekulasi dan menimbulkan fenomena sehingga ada yang sanggup membuat petisyen membantah pemilihan pelakon untuk drama Coffee Prince, akhirnya Fattah Amin diumumkan secara rasmi memegang watak utama dalam remake Korea, Coffee Prince yang sebelum ini diungguli oleh Gong Yoo. Menerusi posting dari @officialhlive, Fattah Amin yang bakal bergandingan dengan Janna Nick akan memulakan pengambaran untuk drama ini bermula hari ini (2 Ogos 2017)

(Sumber foto: Majalah Eh!)
Jawab Fattah Amin dalam satu temubual talian ekslusif bersama EH!, jelas Fattah “Di dalam setiap yang saya lakukan, saya akan lakukan dengan hati dan tidak mencuba menjadi orang lain, merangkumi semua aspek termasuklah lakonan dan nyanyian, jadi saya berharap agar ia dapat diterima dan disambut baik oleh orang ramai. Walaupun jika bukan lakonan saya, saya berharap agar penonton masih menyokong industri kita”

Dan semalam, Fattah Amin ‘mengusik’ pengikutnya dengan memberikan sedikit hint tentang projek terbarunya ini, walaupun tidak jelas sama ada Fattah mengiya atau menidakkan.
https://www.instagram.com/p/BXPu1I8AeUh/?taken-by=fattahaminz
Apa-apa pun tahniah buat Fattah Amin kerana bakatnya masih lagi menjadi mendapat perhatian. Dan diharapkan Fattah Amin dapat melakukan sehabis baik untuk projek terbaru arahan Michael Ang ini.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.










