Skip to content

"GIGIH REBUT PELUANG” - FITRI FAROK

“GIGIH REBUT PELUANG” – FITRI FAROK

Kongsikan artikel ini
1 of 3

Berketinggian 183 cm, Fitri Farok, 23, mula memasuki lapangan peragaan pada usia 20 tahun. Sudah 3 tahun berlalu mencarikan peluang, pemuda berbintang Capricorn ini sudah berkolaborasi bersama beberapa jenama fast-fashion global. Antaranya H&M, Uniqlo & Pedro serta label pakaian tempatan termasuk Asly dan Shals.

Bernaung di bawak agensi The Models Lab KL, “Looking back, saya tidak akan pernah menyangka kerjaya ini malar hijau lalu menemukan saya dengan begitu banyak peluang. Saya benar-benar tidak sabar untuk melihatkan apa langkah seterusnya buat saya.”

"GIGIH REBUT PELUANG” - FITRI FAROK

Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Digital : MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif : JOHAN KASSIM, Gambar : EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming : TIAR ZAINAL, Rambut : CODY CHUA
  • Mengapa memilih lapangan peragaan?

Ia adalah satu impian yang saya pasang sejak di zaman kanak-kanak lagi. Saya terdorong mengamati wajah majalah juga menonton pentas peragaan. Ia seperti terapi buat diri. Sesuatu yang menenangkan.

  • Fitri dalam satu perkataan?

Kasual.

  • Satu perkara yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 ini?

Tidak ada yang menarik selain membuka diri menemukan apa jua peluang yang bakal tiba. Baik dari segi kareer mahupun sisi kehidupan peribadi. Masih banyak yang perlu saya tekuni lebih-lebih lagi untuk menajamkan kemahiran dari sudut peragaan. Misalnya membentuk pesona juga karakter agar tidak dilihat sama seperti yang sudah ada di dalam industri hari ini.

  • Rancangan terbesar Fitri bagi tahun ini?

Keluar mengembara serta mencari peluang pekerjaan di luar negara.

  • Mendalami Edisi New Gen 2023, apakah mitos Gen Z?

Gen Z terlalu lembut dan sensitif orangnya. Ini adalah satu tanggapan yang salah kerana saat membesar kita cenderung melihat perkara yang berlaku di sekililing kita. Demikian, secara naturalnya kita telah mengadaptasikan diri dengan emosi ini bagi menghormati satu sama yang lain.

1 of 3

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI

Bacaan Lanjut
Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

Bacaan Lanjut
SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN

SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN

Bacaan Lanjut
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE'S COVERGIRL

VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut