GL ARTIS BULAN INI JUN 2026: INSOMNIACKS HADIR DENGAN “LOVE ME OR NOT”
Untuk GL Artis Bulan Ini yang pertama, GLAM Lelaki tampilkan band yang menerima semakin banyak perhatian dalam dunia muzik, Insomniacks.
Apabila topik tentang emosi, yearning ataupun heartwrenching, Insomniacks berada di barisan hadapan. Selepas lagu-lagu hit mereka seperti Pulang, Sempurna and Reminisensi, Insomniacks kembali ke era penuh emosi dengan lagu terbaharu mereka, “Love Me Or Not”. Ia merupakan sebuah lagu pop berbahasa Inggeris yang menyentuh emosi dan menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan muzik mereka.
Diterbitkan oleh Johan Gustafsson, lagu ini merupakan hasil kolaborasi antarabangsa antara Insomniacks dan beberapa penulis lagu terkenal dari Sweden. Kerjasama ini membawa dimensi kreatif yang segar, namun masih mengekalkan identiti dan warna muzik yang sinonim dengan kumpulan tersebut. Lagu ini dilancarkan secara rasmi pada 29 Jun 2026 dan muzik video dilancarkan pada 10 Julai 2026. Selain daripada lagu yang membawa emosi, muzik video ini truut mendapat perhatian dengan penampilan pelakon baharu yang sedang meningkat naik, Gbril dan penyampai radio Shasha Nadira.
Apa Makna “Love Me Or Not”?
Dari segi penceritaan, “Love Me Or Not” mengisahkan tentang cinta yang tidak berbalas. Ia berkisar mengenai seseorang yang tetap memilih untuk berpegang pada perasaannya walaupun insan yang dicintai telah meneruskan kehidupan. Lagu ini menerima hakikat bahawa cinta tidak semestinya dibalas, namun menegaskan bahawa perasaan yang ikhlas tetap mempunyai nilainya.
Lagu ini turut menyelami tema kerentanan apabila seseorang sanggup mempertaruhkan hati walaupun sedar risiko untuk terluka. Ia menggambarkan betapa sukarnya untuk melepaskan seseorang yang masih dicintai, sambil mempersoalkan sama ada terus bertahan dalam ketidakpastian cinta yang tidak berbalas, atau sekadar hidup dengan kenangan yang semakin menjauh, merupakan satu-satunya pilihan yang tinggal.
Bagi Insomniacks, perjalanan menghasilkan “Love Me Or Not” juga sama bermaknanya dengan lagu itu sendiri. Apa yang pada asalnya hanyalah sebuah sesi penulisan lagu tanpa sebarang tekanan atau jangkaan untuk menghasilkan single baharu, akhirnya berkembang menjadi salah satu karya kegemaran mereka.
“Repeated exposure to past memories may intensify feelings of longing, regret, and emotional attachment.” merupakan tanda amaran yang cuba disampaikan pada awal muzik video “Love Me Or Not.” Dengan kehadiran lagu terbaharu ini, GLAM Lelaki sempat menemubual Insomniacks, tentang “Love Me Or Not”, serta perkembangan terbaharu mereka yang semakin meningkat sebagai satu band tempatan.
1. “Love Me Or Not” merupakan satu lagi lagu yang menyentuh emosi. Apa beza lagu ini dengan heartwreching songs Insomniacks sebelum ini?
Bagi kami, ”Love Me Or Not” adalah satu lagi kisah yang kami serahkan sepenuhnya kepada pendengar untuk mentafsir mengikut pengalaman masing-masing. Kami sentiasa lebih berminat untuk mendengar bagaimana setiap orang mengaitkan lagu yang kami tulis dengan kehidupan mereka sendiri.

2. “Man should yearn.” Apa pandangan Insomniacks tentang topik ini?
Kami rasa, mempunyai perasaan dan melalui fasa yearning itu sesuatu yang baik. Apa sahaja yang membuatkan seseorang lebih selesa memahami dan menerima emosi adalah perkara yang positif. Kami sentiasa menggalakkan orang untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.
3. Insomniacks meminati artis seperti 5 Seconds of Summer, DAY6 dan NewJeans. Siapa artis yang sedang menjadi kegemaran anda sekarang?
Sebagai sebuah band, kami sebenarnya belum banyak meneroka muzik baharu dan masih mengikuti perkembangan artis kegemaran kami. Tetapi bagi saya (Iqie), saya sekarang sangat obses dengan Gareth.T. Dia seorang penulis lagu yang hebat dan mempunyai suara yang sangat indah.

4. 5SOS In KL Opening Act: Insomniacks. Apakah perasaan anda apabila akhirnya dapat berkongsi pentas dengan band yang anda minati?
Sejujurnya, ia seperti mimpi menjadi kenyataan. Kami sangat berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami sehingga membawa kami ke tahap ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa semua orang di konsert nanti!
Karier Insomniacks akan terus perkembang dalam dunia muzik, kerana keunikkan mereka serta genre yang mampu memberi emosi kepada pendengar. To more Insomniacks in the future with us!
Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU K-HIPHOP MENGUASAI PLAYLIST GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI
Gabungan Iqie bersama ahli kumpulan Insomniacks dan DISTORTED menghasilkan lagu yang menjadi karya hebat tempatan.
“KAMI AKAN KEMBALI DAN MENGADAKAN KONSERT JELAJAH PADA MASA HADAPAN.” – NEW HOPE CLUB
Terakhir beraksi pada 2018, New Hope Club kembali memukau 2,000 peminat mereka di Malaysia dengan showcase istimewa di Sunway Pyramid.








