GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR
Teks & temu bual, BATRISYIA FAISAL
“CREATIVE VISIONARY”- GL THE MAN AWARDS 2025, MASYADI MANSOOR. DIA PENGASAS JENAMA MSYD, PENGHARGAAN TERHADAP KEUNIKAN BAKAT, KETOKOHAN KREATIF, DAN IMPAK BESAR MSYD DALAM LANDSKAP FESYEN MALAYSIA. MASYADI MANSOOR BUKAN SEKADAR PEREKA FESYEN, DIA ADALAH PENCERITA VISUAL YANG MENGGABUNGKAN ELEMEN FOLKLORE, KEGHAIRAHAN FUTURISTIK, DAN ESTETIKA YANG “ MENENTANG NORMA”.
Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?
Lima tahun lalu, saya masih mencari identiti dan hala tuju sebagai seorang pereka muda. Hari ini, saya lebih berpijak pada bumi nyata dan yakin dengan suara kreatif saya. Saya tahu apa yang ingin saya capai dan bagaimana untuk membawa jenama saya ke tahap seterusnya.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Memulakan MSYD tanpa pelabur utama merupakan risiko terbesar yang saya ambil. Saya melaburkan simpanan saya sendiri dan mengurus hampir segala-galanya secara sendirian. Namun, usaha itu berbaloi kerana saya memperoleh kebebasan kreatif sepenuhnya, dan hari ini jenama tersebut berdiri kukuh dengan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Saya amat meminati seni visual seperti lukisan dan fotografi kerana ia membolehkan saya mengisi semula tenaga dan mencetuskan idea baharu. Saya juga gemar berjalan di kota atau di tepi pantai, kerana inspirasi sering hadir daripada pemerhatian terhadap dunia di sekeliling saya.
Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Bagi saya, ‘good style’ bermaksud kekal setia kepada diri sendiri. Memakai sesuatu yang mencerminkan siapa diri kita, bukan sekadar mengikut arus trend. Keyakinan dan keselesaan adalah asas utama. Apabila anda berasa tenang dengan apa yang dipakai, gaya itu akan tampak semula jadi dan effortless.
Berkait dengan tema #BOSSrecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘BOSS’ dalam industri yang anda ceburi?
Saya kekal relevan dengan terus bereksperimen, berkembang, dan mendengar suara komuniti, baik pelanggan mahupun generasi muda pereka. Menjadi seorang ‘BOSS’ bukan tentang berada di puncak semata-mata. Ia tentang terus belajar, berkongsi peluang, dan membantu orang lain untuk turut maju bersama.
Artikel berkaitan: UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI
"Saya bangga saya masih relevan hingga ke hari ini. Saya dapat lakukan apa yang saya suka, iaitu peragaan dan mencipta kandungan fesyen walaupun pendapatannya tidak stabil. Tetapi, I love what I do, itu lebih penting," Pipi Razi.
UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Untuk GL The Man Awards 2025, penerima Style's Choice bakal dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki melalui undian, kenali 10 nominee ini!
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
KENALI 10 WAJAH EKSKLUSIF RAYA 2025
Raya yang semakin hampir, selebriti dan pempengaruh sentiasa menjadi buruan jenama fesyen lokal selebriti tempatan terkemuka.