Skip to content

JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA

Kongsikan artikel ini

Selepas Backstreet Boys, Justin Bieber pula dijemput membuat persembahan di majlis praperkahwinan mewah anjuran bilionair India, Mukesh Ambani.

Anant Ambani, anak bongsu kepada individu ke-11 terkaya di dunia itu bakal disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Radhika Merchant pada 12 Julai di Mumbai. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 29 Disember 2022.

Pada pesta yang berlangsung baru-baru ini, Justin mencipta rekod apabila menerima bayaran sebanyak RM47 juta untuk menghiburkan barisan tetamu yang hadir. Majlis yang berlangsung bak konsert itu menyaksikan Justin mendendangkan beberapa lagu popularnya termasuk Baby, Where Are U Now, All That Matters, Cold Water dan Peaches.

Justin Bieber anant Ambani

Foto: Instagram

Justin Bieber

Foto: Instagram

Menurut laporan, suami kepada Hailey Bieber itu dikawat ketat sejak menjejakkan kaki di lapangan terbang India sehinggalah waktu berangkat pulang.

Justin Bieber Atasi Bayaran Rihanna

Ini merupakan gala praperkahwinan ketiga buat pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘Crazy Rich India’ itu. Pesta pertama yang berlangsung di premis hidupan liar milik Anant di Gujerat, India pada Mac 2024 dimeriahkan dengan persembahan daripada Rihanna.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menerima bayaran sebanyak RM38 juta, jauh lebih rendah berbanding jumlah yang diterima Justin. Antara tetamu yang hadir adalah barisan individu terkaya di dunia termasuk Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Bob Iger.

Foto: News18

Sambutan praperkahwinan kedua pula berlangsung selama empat hari dari 29 Mei hingga 1 Jun lalu di atas kapal persiaran. Ia dihadiri barisan usahawan, atlet popular serta selebriti tersohor Bollywood. Ini termasuk Shah Rukh Khan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Ranveer Singh, Kareena Kapoor, dan Karisma Kapoor.

Satu klip video yang tular menyaksikan Backstreet Boys membuat persembahan penuh bertenaga di atas kapal yang sedang menuju ke Perancis dari Itali. Kumpulan itu dilaporkan menerima bayaran sekitar RM225,000 hingga RM400,000. Tiga lagi selebriti yang turut dijemput untuk menghiburkan tetamu adalah Katy Perry, Pitbull dan Andrea Bocelli.

Foto: Hindustan Times

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION

DI SEBALIK MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANANT AMBANI & RADHIKA MERCHANT BERNILAI RM2.82 BILION

Bacaan Lanjut
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH

Bacaan Lanjut
8 BINTANG HOLLYWOOD POPULAR INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

Bacaan Lanjut