KENALI ZULAIKHA ZAKARIA, WANITA DI SEBALIK KUDRAT 1968
Kenali Zulaikha Zakaria, seorang wanita di sebalik kejayaan Kudrat 1968: High Council sebagai pengarah dan penulis skrip naskah ini.
Barisan pelakon lelaki di Kudrat 1968: High Council semestinya menjadi perhatian sepanjang bulan ini. Dengan siri yang mendapat tontonan lebih 90 juta hingga ke filem yang bakal ditayangkan mulai 29 Oktober 2026. Namun, disebalik kejayaan siri dan filem ini, ada seorang wanita cilik dengan bakat yang besar sebagai pengarah. Bermula sebagai penulis skrip pada tahun 2019 melalui filem pusaka, Zulaikha juga mengambil bahagian dalam penghasilan Projek: High Council dan Projek: Exit.

Zulaikha Zakaria, seorang pengarah filem dan penulis skrip yang sudah berada di dalam industri sejak berumur 22 tahun. Ketika tayangan media Hari Manifesto yang lalu, Zulaikha Zakaria menarik minat saya apabila dirinya berada di antara pelakon-pelakon lelaki yang hebat. Keberadaannya di tengah-tengah itu menunjukkan bahawa Zulaikha antara orang kuat yang melahirkan karya hebat ini. Lari daripada topik Kudrat 1968, siapakah Zulaikha Zakaria sebenarnya?
Dengan temubual bersama GL Girl Crush Oktober 2026, mari kenali Zulaikha Zakaria sebagai seorang wanita dan personaliti dalam dunia pengarahan.
#1 Apa satu perkara tentang diri anda yang sering disalah faham oleh orang, tetapi anda harap mereka tahu?
Saya rasa orang mungkin ingat saya seorang yang suka bersosial. Tetapi, sebenarnya saya sangat hargai masa untuk diri sendiri. Saya suka ada masa untuk duduk diam, buat hal sendiri, atau luangkan masa bersama anak saya. Sebenarnya, apabila dengan anak saya, saya rasa macam saya dapat jadi budak-budak semula. Kami boleh buat benda-benda simple, main bersama, be silly, dan buat seketika, tidak perlu fikir tentang menjadi seorang dewasa. Saya rasa perkara itu sangat berharga untuk saya. Kerana dalam kehidupan seharian, kita selalu rasa kita perlu jadi matang dan fikir macam-macam. Tetapi apabila bersama anak saya, saya boleh just be present and enjoy the little things.
#2 Bagaimana rakan terdekat anda menggambarkan anda dalam tiga perkataan—dan adakah anda setuju?
Saya rasa mungkin mereka akan kata saya banyak fikir, keras kepala dan penyayang. Ketiga-tiganya saya setuju, walaupun saya tahu sifat-sifat ini ada baik dan buruknya. Saya masih belajar untuk memahami diri sendiri, dan saya rasa orang yang paling rapat dengan kita selalunya nampak sisi diri kita yang kita sendiri tak sedar.
#3 Apakah rutin harian kecil yang membuatkan anda kekal grounded sebagai seorang pengarah?
Saya memang menikmati rutin pagi saya. Saya percaya hari yang baik bermula dengan pagi yang baik. Bagi saya, penting untuk ada sedikit masa untuk diri sendiri sebelum memulakan hari dan berhadapan dengan pelbagai perkara. Ia membantu saya memulakan hari dengan lebih tenang dan memberi ruang untuk saya menyusun fikiran. Dalam kehidupan yang kadang-kadang agak sibuk, saya rasa rutin kecil macam ni membantu saya kembali kepada diri sendiri.
#4 Apakah produk kecantikan yang sentiasa anda bawa, ke mana sahaja anda pergi?
Apa-apa produk pelembab bibir atau gincu! Wajib ada dalam bag saya.
#5 Apakah signature kecantikan anda—satu perkara yang membuatkan anda serta-merta berasa yakin?
Saya rasa paling yakin apabila saya selesa dengan diri sendiri. Ada hari saya suka bersolek, ada hari saya lebih suka nampak simple. Saya rasa keyakinan itu datang bila saya tidak perlu terlalu fikir tentang penampilan saya dan boleh nikmati hari itu.
#6 Apakah langkah kerjaya berani yang pernah anda ambil dan anda banggakan—walaupun ketika itu ia menakutkan?
Saya rasa salah satu keputusan yang saya banggakan ialah apabila saya memberanikan diri untuk menerima peluang menjadi co-director kepada Anwari Ashraf untuk Projek: High Council. Pada waktu itu, ia merupakan satu cabaran dan pengalaman yang agak besar untuk saya. Tentulah ada rasa takut dan ragu-ragu, tetapi saya tahu saya perlu keluar daripada zon selesa untuk belajar sesuatu yang baharu. Bila saya fikir semula, saya bersyukur sebab saya memilih untuk mencuba.
#7 Apakah yang membuatkan seseorang itu menarik pada pandangan anda—selain rupa paras?
Cara seseorang itu melayan orang lain. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada dia. Bagi saya, adab seseorang tu banyak mencerminkan siapa diri dia. Dan satu lagi, sense of humour! Saya rasa bila seseorang boleh buat kita ketawa, ada sesuatu tentang itu yang membuatkan kita selesa dengan dia.
#8 Describe ideal date buat anda.
Mencuba kopi baharu di kafe yang tidak pernah dicuba! Saya sukakan coffee date.
#9 Jika anda boleh melarikan diri selama 48 jam, ke mana anda akan pergi—dan siapa yang akan anda bawa bersama?
Dimana-mana, asalkan tepi pantai. Dan saya akan pergi seorang diri. Saya rasa bunyi ombak dan suasana tepi laut ada sesuatu yang menenangkan. Untuk 48 jam tu, saya cuma nak berehat, slow down, dan tak perlu fikir tentang apa-apa buat seketika. Hanya saya, dan laut.
#10 Dimanakah anda lihat diri anda dalam 10 tahun akan datang?
Sepuluh tahun akan datang, saya harap saya masih melakukan apa yang saya suka, masih belajar benda baharu, dan masih mempunyai rasa ingin tahu terhadap kehidupan. Saya juga harap saya dapat menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Ada masa untuk keluarga, untuk diri sendiri, dan untuk perkara-perkara yang membuatkan saya gembira. Saya tak tahu dengan tepat di mana saya akan berada, tapi saya harap saya akan terus berkembang sebagai seorang manusia.
Pautan berkaitan: SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA MENARIK TENTANG KIMI ANTONELLI, JUARA DUNIA F1 TERMUDA DALAM SEJARAH
Andrea Kimi Antonelli mendapat perhatian besar untuk musim kali ini dengan kejayaannya, lebih-lebih lagi selepas bergelar juara dunia F1.
LILANZ BUKA BUTIK KEENAM DI PAVILION KL, PERKENAL KONSEP FESYEN ‘THE FIFTH SEASON’
LILANZ terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan butik terbaharu di Pavilion Kuala Lumpur.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
FOTOGRAFI INTIM JACOB ELORDI BUAT CARTIER LOVE UNLIMITED
Menghangatkan lagi LOVE Unlimited, wajah Jacob Elordi dirakam dalam pelbagai gaya oleh kakaknya sendiri, Isabella Elordi.
DOLLA UKIR SEJARAH DI PARIS, 12 LAGU DIPERSEMBAHKAN BUAT LEBIH 2,000 PENONTON
DOLLA mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita Malaysia pertama yang membuat persembahan di Paris menerusi festival The A Music Festival
CHOPARD MENERUSKAN TRADISI PENGHORMATAN ‘THE DAY OF THE DEAD’ DENGAN DÍA DE LOS MUERTOS EDISI KE-13
Chopard melanjutkan tradisi menghormati budaya The Day of The Dead dari Mexico dengan mempersembahkan Chopard L.U.C. Full Strike 'Día de los Muertos' buat Edisi ke-13.











