PELUK ISLAM, AKHIRNYA HIDAYAH MENEMUI LAPAN SELEBRITI INI
GLAM Lelaki senaraikan beberapa selebriti Malaysia yang telah berhijrah dan peluk agama Islam.
Selasa lalu, dunia hiburan digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun memeluk agama Islam. Pengakuan masuk Islam itu dibuat menerusi akaun sosial media miliknya dan kebanyakan netizen memberikan kata semangat kepada pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu.
Michael Ang membuat pengakuan tersebut kerana tidak mahu netizen terus bertanyakan mengenai status agamanya. Status agamanya menjadi tanda tanya sejak tahun lalu apabila dia berkongsikan pengalaman berpuasa pada bulan Ramadan.

Berikutan dengan penghijrahan Michael Ang kepada agama Islam, GLAM Lelaki senaraikan beberapa selebriti Malaysia lain yang telah berhijrah dan peluk agama Islam.
1. ADAM CORRIE
Adam Corrie sememangnya terkenal dengan watak gangster yang dipegangnya dalam filem KL Gangster. Dilahirkan dari keluarga beragama Buddha, sebelum memeluk Islam, Adam mengaku bahawa dia adalah seorang atheis, iaitu seseorang yang tidak mempercayai Tuhan. Hidupnya mula rasa kosong dan tiada pengangan hidup. Oleh itu, dia mula mencari kebenaran dan akhirnya dipertemukan dengan Islam. Pada 13 Julai 2007, dia telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.

2. MARSHA MILAN LONDOH
Selebriti kelahiran Sabah ini masih menggunakan nama asalnya selepas dia memeluk agama Islam pada tahun 2015. Dia telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

3. STACY ANAM
Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad dan penyanyi pop, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan gelaran Stacy telah memeluk agama Islam pada tahun 2015. Selepas memeluk Islam, Stacy mengesahkan nama Islamnya adalah Ummu Shaikhah Stacy Anam. Dia telah berkahwin dengan Akim, yang juga penyanyi utama Akim and The Majistret pada tahun 2016.

4. FELIXIA YEAP
Namanya pernah menjadi sebutan masyarakat Malaysia. Bekas model majalah Playboy ini membuat keputusan untuk memeluk Islam pada tahun 2014 namun dia sudah mula bertudung pada Disember 2013. Pada tahun 2015, dia telah mendirikan rumah tangga da nama Islamnya adalah Raisyyah Rania Yeap.

5. ANUAR CHEW KIM WAH
Anuar Chew Kim Wah adalah antara pelakon Cina yang sangat terkenal di Malaysia. Dia juga turut membintangi beberapa filem dan drama Melayu. Pada tahun 2013, dia telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Anuar Chew atau Anuar Abdullah.

6. DAPHNE IKING
Pengacara terkenal, Daphne Iking telah memeluk Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking. Dia juga adalah isteri kepada ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman. Menurut Daphne, dia membuat keputusan untuk memeluk agama Islam selepas melawat Taj Mahal di India.

7. MARION COUNTER
Selebriti kacukan Portugis- Inggeris- Cina ini telah memeluk agama Islam pada 2010. Dia adalah isteri kepada usahawan terkenal, SM Nasadurdin SM Nasimuddin.

8. PUAN SRI TIARA JACQUELINA
Tiara Jacquelina telah memeluk agama Islam pada tahun 1993.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Mei 2019 (Sumber: HerInspirasi.com / Remaja)
Baca lebih lanjut: 35 FOTO SELEBRITI MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.











