SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN ACL, HUN HAQEEM BEREHAT PANJANG
Berbulan-bulan Hun Haqeem terpaksa menanggung derita akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament atau ACL yang dialaminya ketika penggambaran drama W: Two Worlds.
Kini aktor berusia 25 tahun itu boleh menarik lafas lega kerana pembedahan pada lututnya pada telah berjaya. Bagaimanapun ia belum berakhir kerana Hun Haqeem perlu berehat panjang untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Menurut bintang Nenek Bongkok Tiga itu, kakinya masih belum dapat bergerak dengan baik selepas menjalani pembedahan pada Selasa lalu.

Foto: mStar
“Saya dapat tidur lena tetapi tidak boleh nak pusing kaki seperti biasa. Doktor memaklumkan tempoh pemulihan sepenuhnya adalah selama enam bulan. Namun saya dijangka boleh berjalan seperti biasa dalam tempoh empat minggu lagi,” katanya.
Tambahnya, dia akan berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu agar kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya. Dalam masa sama menjalani fisioterapi sebagai rawatan susulan di hospital.
Punca Kecederaan Hun Haqeem
Menurut pemilik nama Haqeem Hermy ini, dia dilanda musibah ketika melakukan babak aksi dalam drama terbaharu adaptasi daripada K-Drama berjudul W: Two Worlds.
Dalam siri itu, dia diberi tanggungjawab menggalas watak Aliff Hadi. Ia turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein dan Tony Eusoff.

Foto: Murai
“Nak dijadikan cerita, ketika hari ke-40 penggambaran, kaki saya mengalami kecederaan ACL. Pada waktu itu penggambaran masih berbaki 23 hari lagi dan itu menjadi beban untuk saya. Tapi nak buat macam mana sebab ia berlaku di luar kawalan,” katanya tidak lama selepas kejadian.
Setelah melakukan pemeriksaan dan mendapat ‘lampu hijau’ daripada doktor, dia meneruskan penggambaran drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu sehingga tamat.
Dan kini selepas menjalani pembedahan dan tidak lagi mempunyai apa-apa komitmen kerja, dia ingin menghabiskan tahun 2023 dengan berehat secukupnya. Perancangannya adalah untuk kembali ke lokasi penggambaran pada awal tahun hadapan.
Pautan berkaitan: HARRISON FORD TERCEDERA KETIKA MELAKONKAN BABAK AKSI INDIANA JONES 5
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI
Bulan Januari dipenuhi dengan senarai selebriti-selebriti lelaki Asia yang dilahirkan sebagai pembuka tahun baru.
SELAMAT HARI JADI YANG KE-28 HUN HAQEEM! KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI HUN HAQEEM & GLAM LELAKI LOVES HUN!
Sempena hari jadi Hun Haqeem pada 7 Januari hari ini, ketahui lima perkara menarik mengenai Hun Haqeem, termasuk latar belakang dirinya.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
KESIHATAN MENTAL BUKAN LAGI TOPIK ‘TABOO’: MENGENALI SUARA DI SEBALIK SENYAP
Kesihatan mental bukan lagi topik 'Taboo'. Sempena International Men’s Day, ikuti selebriti Malaysia berkongsi tentang depresi dan anxiety.











