SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU
Hampir dua dekad bergelar pelakon, Fazura mengambil satu langkah ke hadapan dengan mencuba bidang pengarahan.
Selepas menubuhkan syarikat produksi Fazura Pictures dan aktif menjadi penerbit, aktres dan usahawan berusia 40 tahun itu meluahkan hasrat untuk bergelar sutradara. Menerusi syarikat miliknya, dia mahu menghasilkan lebih banyak karya mengikut kehendaknya. Dalam masa sama, dia mahu turut sama berlakon dalam projek yang dihasilkan. Namun ini bukanlah bermakna dia tidak lagi ditawarkan peluang lakonan daripada syarikat produksi lain.

“Tawaran berlakon banyak, cuma tidak menepati cita rasa saya. Kebanyakan jalan cerita yang diberikan sebelum ini banyak kisah penyondol, dua perempuan berebut seorang lelaki dan ia membosankan. Saya mahu memartabatkan maruah wanita melalui karya dihasilkan selain mahu menerbitkan drama berkualiti. Saya masih mendalami bidang pengarahan sebelum bergelar sutradara,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.











