Skip to content

THEEBAAN KONGSI PETUA CAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK

Kongsikan artikel ini
5 of 5

Apakah kepentingan pemulihan otot selepas bersenam?

Hari pemulihan dan hari rehat adalah sangat penting untuk perkembangan otot. Sama pentingnya dengan latihan, penjadualan hari rehat juga amat dititikberatkan. Dengan UA Combine semakin hampir, adalah sangat penting bagi saya untuk makan dengan baik dan tidur lena untuk prestasi yang optimum pada hari pertandingan itu sendiri. Jika perlu, saya juga akan melakukan beberapa senaman ringan untuk menggalakkan pemulihan otot saya. Pemulihan adalah berkadar terus dengan prestasi dan untuk pengetahuan semua, overtraining adalah perkara yang BENAR. Jadi elakkan!

Apakah kesan kepada latihan jika tidak menjalani pemulihan otot yang efektif?

Kecederaan. Badan yang tidak mendapat rehat yang cukup adalah punca utama untuk kecederaan otot berlaku. Patuhi keperluan badan anda dan dapatkan rehat yang secukupnya.

THEEBAN KONGSIKAN PETUA MENCAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK

Adakah anda mempunyai sebarang perancangan pemakanan atau keperluan diet semasa tempoh latihan?

Saya tidak mengamalkan rancangan pemakanan khusus. Saya makan untuk menyemarakkan sesi latihan saya dan rutin harian saya. Saya makan hidangan berkarbohidrat tinggi secara rutin kerana saya tidak boleh hidup tanpanya. Bagi saya, rancangan pemakanan peribadi saya adalah untuk memastikan perut dan fikiran saya seceria mungkin.

Antara senaman dan pemakanan, yang manakah lebih berkesan untuk membina otot dan kekuatan?

Kedua-duanya adalah sama pentingnya. Anda tidak boleh mengamalkan salah satu sahaja. Paling penting, jangan pernah menghalang badan anda daripada makan. Saya kadang-kadang melihat pengunjung gim melakukan diet gila, di mana mereka makan secara sangat minimum dan saya benar-benar tidak bersetuju. Defisit kalori adalah konsep yang kukuh. Bagaimanapun, ia tidak bermakna anda patut membiarkan badan mengalami kelaparan. Makanan adalah penting dan badan anda memerlukan bahan bakar daripadanya! Jadi bersenam dan pemakanan perlulah seiring dalam mencapat tahap fitness terbaik.

5 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
shah jaszle

TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut