WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK
Ernie Zakri Mahu Terus Memperkasa Wanita
Ibu kepada Nur Khawla Soleha itu dipilih oleh laman penstriman muzik digital popular, Spotify bagi mewakili Malaysia dan Singapura untuk kempen Equal. Kempen global ini bertujuan memupuk kesaksamaan dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh pelosok dunia.
“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan. Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan.”

Foto: Instagram
Penyanyi berusia 30 tahun ini mengikuti jejak langkah Yuna, Layla Sania, Dolla, Iman Troye, Vanessa Reynauld, Aina Abdul, Datuk Siti Nurhaliza, Aisha Retno dan Kaka Azraff selaku artis tempatan yang diberi penghargaan sedemikian. Ini turut menjadikannya artis wanita berhijab keenam dari Malaysia yang ditampilkan pada papan iklan tersebut.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: SYAMEL FODZLY, SEIMBANGKAN BAKAT & IMEJ
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN
Tiada angin tiada ribut, Sabhi Saddi meluahkan hasratnya untuk bersara selepas lebih sedekad menceburkan diri dalam dunia seni.
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY
Dengan suara serak dan lunak, Judika telah mencuri hati jutaan pendengar di seluruh Nusantara dan juga di peringkat antarabangsa.
ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA
Rezeki mengiringi penyanyi genit bersuara merdu, Ernie Zakri apabila dinobat sebagai pemenang anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di Anugerah Muzik SCTV 2024.
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.
CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG
Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).