BINA BADAN DI RUMAH? MUDAH SAJA!
Ramai yang ingin memiliki bentuk badan yang kelihatan tegap namun tak mampu untuk pergi ke gim kala PKP ini. Namun jangan risau, kita masih boleh mendapatkan bentuk tubuh idaman hanya dengan bersenam di rumah. Untuk mendapatkannya, kita perlu mengamalkan kombinasi makanan yang sihat dan latihan rutin senaman yang efektif. Namun bagaimana? Teruskan membaca…
- Berikan komitmen untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang – ini adalah sangat penting untuk anda mendapatkan tubuh yang sihat. Gantikan karbohidrat sederhana yang anda ambil dengan karbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat pada pagi hari. Hindari makanan segera seboleh mungkin.
- Dapatkan protein yang mencukupi kerana ia membantu kita untuk menguatkan jaringan otot ketika kehilangan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk mendapatkan protein yang lengkap.
- Minum 500ml air sejuk setiap kali ketika anda bangun tidur. Air sejuk boleh menjadikan tubuh kita untuk bekerja lebih keras dan memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang peningkatan metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.
- Lakukan aerobik yang aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Lakukan aktiviti berjoging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara gerak laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Joging dengan perlahan selama tiga minit dan gantikan dengan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan.
- Gabungkan latihan rutin untuk membina kekuatan tubuh selama tiga hari dengan tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan ia akan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan penggunaan mesin angkat beban dan tanpa beban.
- Cuba dapatkan seboleh-bolehnya lapan jam tidur setiap hari. Semasa anda tidur, tubuh akan berehat untuk membolehkan kita agar memiliki tenaga untuk latihan yang seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur boleh juga menyebabkan kelaparan dan seterusnya penambahan berat badan.
Sumber: LelakiSihat
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!











