CLEAR START BERSIHKAN KULIT WAJAH
Tahukah anda walaupun kulit berminyak perlu ada ruang kelembapan. Dermologica Clear Start kunci rahsia kulit wajah sihat.
Mungkin ada mitos pernah anda dengar, kulit lembap akan menyebabkan pori tersumbat yang membawa kepada kulit berjerawat dan lebih berminyak! Walhal, kulit jenis berminyak memerlukan penghidratan terutama yang punya kandungan melawan masalah jerawat. Walaupun adakalanya buat kulit lebih kering, tetapi dengan adanya formula seperti Cooling Aqua Jelly, ia bukan sahaja memberi kelembapan, malah bertekstur lightweight jelly.
Formulanya pula mengandungi retinol seperti Bioflavonoid Complex dan juga Asia Hialuronik. Kedua formula ini bersifat ultra-lightweight membantu mengurangkan sebum, memperbaiki tekstur kulit wajah dan juga mencerahkan kulit dengan mengimbangi kelembapan sekata. Yang menariknya, tekstur jelly berwarna biru ini datangnya dari ektrak tumbuhan. Seperti minyak bunga Blue Tansy dan ekstrak Blueberry membantu kulit lebih tenang, segar dan anti-oksida manakala ekstrak Blue Algae melembapkan dan mencerahkan kulit dengan segera. Kulit wajah tampak lebih bermaya.
Koleksi Clear Start oleh Dermalogica merupakan barisan untuk merawat masalah kulit wajah yang ketara seawal remaja. Dengan formula terbaik, setiap pemakaiannya menghasilkan result luar biasa dan bersifat multitasking. Setiap kandungannya adalah berasaskan botanikal tanpa sebarang artificial wangian atau warna.
Cara pengunaan Cooling Aqua Jelly, hanyalah mudah dengan ambil gel dalam pea-sized dan sapu rata pada wajah dan leher. Digunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit wajah anda. Boleh guna siang dan malam. Jika di siang hari jangan lupa krim sunscreen anda. Walaupun kita hanya berada di rumah, tidak salah untuk anda rajinkan diri untuk menjaga kulit wajah, sekali-sekala kelihatan tampan dan segar untuk pikat kekasih, kenapa tidak, bukan? Anda harus tahu wanita sangat jatuh cinta dengan lelaki yang pandai grooming! Anggaplah ia satu markah bonus untuk anda memikat hati kekasih.
Artikel berkaitan PUPUR WAJAH MULTIFUNGSI BERI TENAGA BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 HARI 7 PRODUK PELINDUNG CAHAYA MATAHARI PILIHAN GLAM LELAKI
Temui produk pelindung cahaya matahari yang memenuhi setiap keperluan harian anda, dari hujung minggu hingga hari kerja pilihan GLAM Lelaki.
MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU
Kini, ramai semakin peka dengan penjagaan kulit termasuk penggunaan skrub muka. Ini antara manfaat exfoliation yang anda perlu tahu.
NAK KULIT MULUS? CUBA 5 TONER TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK INI
Merawat kulit berminyak seringkali menjadi cabaran buat lelaki yang juga mahukan kulit bersih. GLAM Lelaki bawakan toner terbaik untuk bantu anda hari ini.
BADAN JERAWAT? INI LANGKAH MENGATASINYA PALING PANTAS
Lelaki dan badan jerawat sememangnya tidak dapat dipisahkan! Ini 5 langkah mengatasinya
TREND DERMAROLLER UNTUK LELAKI LEBATKAN JAMBANG
Peranti kecil Dermaroller menjadi pilihan lelaki Alpha masa kini. Walaupun kecil tetapi berbisa.
BEBAS JERAWAT! RAWAT WAJAH DAN IKUT STEP INI
Masalah kulit berjerawat sering melanda lelaki! Tidak kisah muda mahupun tua. Pasti seketul jerawat muncul. Ini cara rawatnya.