ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS
Gaya, maskuliniti, ‘fresh’ dan sedikit misteri. Antara ekspresi yang dibaca oleh haruman yang tepat pada lelaki moden dan berkelas. Melalui rangkaian wangian lelaki yang ikonik, jenama Perancis ini menawarkan lebih daripada wangian yang “sedap”. Malah ia mencipta aura, karakter dan keyakinan lelaki berkelas.
Berikut tiga haruman Chanel yang bukan sahaja relevan, tetapi sentiasa tepat untuk lelaki berkelas. Dari siang yang aktif hingga malam yang penuh elegan.
1) CHANEL BLEU DE CHANEL (EAU DE TOILETTE)
Bleu de Chanel EDT menampilkan personaliti segar, maskulin dan sesuai untuk lelaki yang mahu nampak bersih, confident dan tak terlalu “bersiap”. Haruman campuran citrus segar dan aroma hangat digandingkan bersama base kayu memberikan kontras yang maskulin. Ia tampil bersih pada awalnya tetapi berkembang menjadi hangat, tenang dan sofistikated. Bau ini menzahirkan profesionalisme tanpa berlebihan. Tidak manja atau terlalu manis, sesuai untuk imej lelaki moden yang elegan. Haruman ini sesuai dipakai untuk outing malam yang casual kerana ia boleh berubah menjadi lebih mendalam pada kulit selepas beberapa jam.

Gambar: CHANEL
Nota wangi:
-
Top note (buka): Grapefruit, Lemon, Mint, Pink Pepper.
-
Middle / heart: Ginger, Nutmeg, Jasmine, Iso E Super.
-
Base (asas): Incense (kemenyan), Cedar, Vetiver, Sandalwood, Patchouli, Labdanum, White Musk.
2) CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA (EAU DE PARFUM)
Allure Homme Sport ialah pilihan untuk lelaki yang aktif dan atletik. Haruman yang membuatkan kaum lelaki kekal wangi walaupun selepas aktiviti aktif seharian. Allure Homme Sport. Lebih tajam, lebih bertenaga, lebih berani. Superleggera menggabungkan kesegaran grapefruit yang segar dan bersemangat, diseimbangkan dengan nota woody dan amber yang lebih ‘pekat’, serta musk yang kuat untuk memberikan intensiti dan ketahanan aroma yang lebih lama berbanding versi sebelumnya. Haruman ini sangat sesuai bagi lelaki yang aktif. Kekal wangi dan elegan sepanjang hari walaupun selepas menjali rutin harian yang padat. Superlenggera ini sesuai dipakai untuk aktiviti luar atau gaya hidup sporty.

Gambar: CHANEL
Nota wangi:
-
Top note: Mandarin / Orange, Sea Notes (nuansa laut), Aldehydes. ( blood mandarin/citrus).
-
Middle / heart: Pepper, Neroli, Cedar.
-
Base: Vanilla, Tonka Bean, White Musk, Amber, Vetiver, Elemi resin.
3) CHANEL BLEU DE CHANEL L’EXCLUSIF
Jika versi Parfum sudah pun maskulin dan berkarakter, Bleu de Chanel L’Exclusif membawa itu satu langkah lebih jauh dengan aroma yang lebih intense. Berbeza dengan Bleu tradisional, L’Exclusif menonjolkan woody dan ambery-aromatic sebagai palet utama. Bleu de Chanel L’Exclusif adalah untuk lelaki yang ingin bau yang digemari dan diingati. Bebas dari stereotaip ringan atau hanya segar, ia membentuk aura dalaman lelaki, ketahanan (longevity) dan kematangan. Bagi lelaki moden yang menghargai craftsmanship halus dan haruman dengan presence yang kuat, L’Exclusif adalah pilihan yang tepat. Bleu de Chanel L’Exclusif sesuai dipakai untuk majlis istimewa, temu duga penting atau malam istimewa dengan aura penuh keyakinan diri.
Nota wangi:
-
Top note: Bergamot (citrus freshness), Bitter Orange Peel, Peppermint (cool uplift), Lavender (soft aromatic edge)
-
Middle / heart: Jasmine, Rose (classic floral nuance), Orange Blossom (soft bloom), Anise & Mint
-
Base: Sandalwood (creamy, woody), Cedarwood, Amber & Woody accords, Patchouli, Vanilla & Tonka Bean, Clove.
Tips Pemakaian Wangian EDP/EDT
Untuk pemakaian yang lebih tepat dan berkelas, fahami juga cara mengawal intensiti haruman. Wangian Eau de Toilette (EDT) sesuai digunakan secara ringan dan boleh diperbaharui sepanjang hari, manakala Eau de Parfum (EDP) atau versi yang lebih pekat memadai disapu sedikit sahaja di titik denyut seperti leher dan pergelangan tangan untuk kesan yang lebih intim. Elakkan pemakaian berlebihan. Sekadar dua hingga tiga semburan sudah mencukupi bagi memastikan bau tidak terlalu kuat atau mengganggu. Jika ragu memilih, Bleu de Chanel kekal sebagai pilihan selamat untuk hampir semua situasi, sementara Allure Homme Sport lebih sesuai apabila anda mahukan aura yang aktif, segar dan bertenaga.
Artikel Berkaitan: WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
5 pengarah kreatif ini mendominasi perbualan fesyen 2025 dari debut koleksi fenomenal hingga hala tuju baharu untuk rumah fesyen legenda.
GAYA PUSHING THE BOUNDARIES G-DRAGON
Dalam dunia fesyen, G-Dragon sentiasa mendahului trend, dan di pertunjukan Chanel SS25 Haute Couture, dia membawa tuxedo ke tahap baharu.
WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z
GLAM Lelaki memperkenalkan wangian lelaki yang menjadi sebutan dalam kalangan lelaki Gen Z dengan keharuman mempesona.
KENALI PERBEZAAN MINYAK WANGI PARFUM, EDP, EDT, COLOGNE
Masih ada lelaki di luar sana tetap konfius dengan jenis kepekatan bau wangian. GL ajar anda dan fahami dengan mudah.
BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Elemen kejutan, intipatinya di luar jangkaan. BLEU DE CHANEL Eau de Parfum aromanya memikat jiwa penuh aromatik dalam tiga dimensi.
THE KAISER 1000% BE@RBRICK, KOLABORASI TERAKHIR KARL LAGERFELD
Kolaborasi terakhir pereka fesyen ikonik, Karl Lagerfeld bersama BE@RBRICK, patung edisi terhad The Kaiser 1000% BE@RBRICK boleh didapati melalui Archi Luxury Group di Malaysia.












