R U TOUGH ENOUGH “THE LIMITED EDITION” MEMPERKENALKAN 10 FINALIS
Bercakap tentang ‘gagah’, pasti terbayang tubuh tegap dan sasa. Namun, maksud sebenarnya adalah lebih dari itu. Kegagahan tidak semata melibatkan fizikal, ia termasuk ketahanan mental, kekentalan emosi serta keazaman tinggi. Untuk musim keempat, R U Tough Enough? yang dibawakan oleh KIX HD (Astro Channel 729), saluran utama untuk hiburan berbentuk aksi di Asia kembali lagi dan 10 finalis telah pun dipilih!

Pada tahun ini, The Ultimate Edition akan dihoskan oleh bekas duta, juara seni mempertahankan diri campuran (MMA) antarabangsa, pelakon dan model Peter Davis. Kesemua sepuluh peserta akan mengharungi beberapa siri cabaran sukar yang akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi mereka untuk dimahkotakan sebagai “Malaysia’s Toughest” 2017 dan memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000. R U Tough Enough?: The Ultimate Edition tahun ini akan menampilkan cabaran yang lebih epik – johan baharu yang dimahkotakan sebagai pemenang pada 2017 berpeluang untuk bersaing dalam pusingan bonus bersama kesemua tiga pemenang episod yang lalu. Dan kesepuluh individu gagah ini untuk bertarung dalam pertandingan akhir di Sunway Pyramid pada 26 November ini.

Berikut adalah 10 finalis yang tersenarai bagi merebut gelaran terulung juara R U Tough Enough?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.










