Skip to content

RAHSIA DANDANAN RAMBUT PROFESIONAL DI RUMAH

RAHSIA DANDANAN RAMBUT PROFESIONAL DI RUMAH

Kongsikan artikel ini
1 of 4

Bosan di rumah? Kemas kini skil anda dalam mendandan rambut sesuai dengan gaya masa kini. Miliki alatan pendandan terbaik di pasaran.

Setiap kali melangkah ke kedai gunting rambut, anda pasti teruja atau disapa oleh beberapa item yang sedia ada di kedai tersebut. Malah, item tersebut merupakan alatan rambut yang biasa buat kaum lelaki. Contohnya adalah seperti gunting, pisau cukur yang tajam, gel atau pomade, dan beberapa lagi item signature yang lain. Kini, dandanan buat lelaki boleh menjadi lebih ekstra dan dapat dibandingkan dengan penjagaan buat wanita.

Cuba bayangkan berapa kali dalam setahun, kebanyakan lelaki membeli dan memiliki alatan seperti pencukur, pemangkas janggut, atau bahkan berus gigi elektrik sebagai sebahagian daripada barangan penjagaan kecantikan peribadi mereka.

Tetapi, buat lelaki yang menggayakan rambut yang lebih panjang, sama ada paras bahu atau paras lebih panjang bak gaya “Rock N Roll” lebih baik melabur untuk alatan pengering rambut. Alat pengering ini bukan sahaja mampu mengambil hati pasangan atau isteri tanpa mereka menyedarinya, malah ia dapat menyiapkan diri anda sebagai individu yang lebih kemas dan bersedia. Tidak kira umur, penampilan diri adalah penting dalam memaparkan personaliti dan menjaga keterampilan diri. Selain dari itu, untuk memastikan ia segar dan sihat, penting dalam memberi impresi yang pertama.

Kadang kala, memori hanya berlaku begitu sahaja tanpa perlu dirancang dan berkemungkinan besar terserempak dengan bakal kekasih baru pada hari tersebut. Anda tidak mahu keluar dari rumah walau hanya untuk mendapatkan kopi, dalam keadaan berambut basah! GLAM Lelaki menguji beberapa alat pengering rambut terbaik untuk melengkapi dan mengemas kini ‘meja solek’ buat lelaki.

1 of 4

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Bacaan Lanjut

SOLUSI MASALAH RAMBUT BERMINYAK

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

5 SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR LELAKI

Bacaan Lanjut

7 MAKANAN INI RAHSIA BUAT LELAKI RAMBUT LEBAT

Bacaan Lanjut

HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM

Bacaan Lanjut