Skip to content

TEROKAI ERA BAHARU WANGIAN RABANNE BERSAMA POWER COUPLE PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Rabanne menerokai era baharu dengan pelancaran wangian PHANTOM dan FAME Parfum bersama tiga power couple pilihan GLAM Lelaki.

Menjawab panggilan dari kota Paris! Rabanne melancarkan wangian terbaharu PHANTOM dan FAME Parfum dalam menerokai era baharu yang terkini. Menerokai dunia Rabanne baharu yang menyuntik semangat berani dan sensual di pop-up Rabanne yang telah diadakan di ruang legar di Mid Valley Megamall. Pengunjung dijemput untuk berfantasi dengan dunia Rabanne serba animasi keemasan dengan pengalaman yang imersif.

rabanne parfum

Seperti wangian PHANTOM dan FAME Parfum, GLAM Lelaki turut sama mengajak tiga pasangan power couple pilihan untuk menghadiri acara pop-up eksklusif ini. Mereka ada pasangan pelakon terkenal yang baharu mendirikan rumah tangga, Adam Lee dan Sweet Qismina. Pasangan model hangat, Sky Iskandar dan Nia Atasha juga hadir penuh gaya bersama adik-beradik, Athina Kamarudin dan Arif Kamarudin.

Inspirasi daripada malam penuh mimpi di Paris, Rabanne melancarkan dua wangian power couple PHANTOM dan FAME Parfum. Ia merupakan versi baharu yang lebih mendalam pada PHANTOM EDT dan FAME EDP yang popular. Dengan pelancaran ini, Rabanne kini memasuki era baharu. Pop-up yang diadakan di Mid Valley Megamall ini memperkenalkan wajah baharu Rabanne yang sinaran metal perak dan keemasan. Ia juga secara langsung diinspirasikan daripada dunia fesyen.

paco rabanne

Tahukah anda Rabanne mula mengecapi populariti pada sekitar 60-an dengan menggunakan jaringan metal serta menghasilkan gaun metalik yang pertama di dunia? Label ikonik ini meneruskan legasi yang telah menjadi signature denngan menggabungkan sisi moden dan keunikan tersendiri.

 

Identiti Baharu Rabanne

Adam lee

Pop-up yang diadakan ini memperkenalkan identiti Rabanne yang terbaharu. Dikenali sebagai Paco Rabanne sebelum ini, label ini melangkah ke era baharu tahun ini dengan hanya menggunakan nama Rabanne. Dengan animasi dan wajah baharu ini terus mengelevasi yang menekankan ton emas dan perak metalik. Lantas, mengetengahkan identity label yang lebih moden dan fashion forward.

 

PHANTOM Parfum Baharu

phantom rabanne

Tahun ini, PHANTOM kembali dengan wangian yang mengairahkan, lebih berani, lebih sensual dan lebih mendalam. Ia dihasilkan untuk menyerlahkan sisi yang lebih gelap, PHANTOM nightcall. Diinspirasikan daripada malam yang dibuai mimpi di kota Paris, PHANTOM Parfum kini hadir dalam desain hitam matte yang mencerminkan lelaki yang berani mengambil risiko, edgy dan penuh berkuasa. Lelaki Rabanne menguasai kegelapan dan akan menjawab panggilan malam PHANTOM.

 

Haruman FAME Parfum

fame rabanne

Tahun ini, Rabanne memperkenalkan golden girl yang mengekspresikan Wanita yang sensual dan menggoda. Lebih glamorous. Lebih ikonik dari versi sebelum ini. FAME Farfum terbaharu menampilkan bekas haruman asal dalam gaun hitam berkilat untuk membiaskan bauan yang lebih mendalam.

Semburan aroma bunga yang mewah dengan Mineral Musk dan Jasmine ini serlahkan ilham Parisian yang sebenar. Dia adalah seorang bintang, dia adalah wanita FAME.

 

Duta Wangian Rabanne

Rabanne memperkenalkan duta baharu yang menjadi wajah kepada PHANTOM dan FAME Parfum terbaharu. Charlie Heaton yang mula terkenal selepas membintangi siri hangat Netflix, “Stranger Things” adalah persona yang mewakili wangian untuk lelaki ini. Dia membiaskan wajah wakilan untuk generasi baharu, penuh semangat dengan sisi rebel. Charlie Heaton juga tekad dalam menghayati stail peribadinya yang menjadi persona sebagai lelaki PHANTOM Parfum.

Manakala untuk haruman FAME Parfum pula, Rabanne mengembalikan pelakon muda penuh bakat Elle Fanning sebagai duta kali ini. Dia membiaskan semangat sebenar dan sisi sensual sebagai wanita FAME Parfum terbaharu. Elle Fanning merupakan seorang yang penuh keyakinan, mengujakan serta sensual, sangat bertepatan dalam mewakili haruman daripada Rabanne ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Dapatkan wangian baharu FAME dan PHANTOM di Sephora Malaysia mulai 1 Oktober.

@rabanne #rabanneparfums #PhantomByRabanne #PhantomNightCall #FamebyRabanne #FameNightCall

 

Baca lebih lanjut: COUPLE PERFUMES! 2 WANGIAN TAHUN BAHARU BUAT LELAKI DAN PASANGAN DARIPADA RABANNE

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

⁠5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI

⁠5 PELAKON BARU FILEM ‘KAHAR: KAPLA HIGH COUNCIL’ ANDA PATUT KENALI

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

#CHALLORUN, GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA CHALLO BOYS BERTUBUH PALING FIT, SIAPA DI TEMPAT PERTAMA?

Bacaan Lanjut
Wangian Lelaki

WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut

10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

Bacaan Lanjut