Skip to content

TIGA HARUMAN SEBAGAI BINGKISAN HARI BAPA

Kongsikan artikel ini

Foto: Burberry

Hari bapa menjelang tiba, dan masih mencari hadiah sepadan memenuhi cita rasanya? Mungkin haruman adalah bingkisan paling practical juga mudah, boleh dipakai bila-bila masa dan menebarkan elemen positif. Glam Lelaki pilihkan tiga haruman yang boleh dipertimbangkan untuk anda yang masih tercari-cari hadiah untuk ayahanda tersayang. Mungkin boleh beli untuk diri sendiri juga. 

 

Mr. Burberry Indigo Eau de Toilette

Jenama fesyen terkenal dari kota London ini memperkenalkan pula Mr. Burberry Indigo Eau de Toilette untuk versi haruman yang lebih segar dan ringan. Istimewanya haruman ini mendapat sentuhan istimewa pakar minyak wangi tersohor Francis Kurkdjian. Mr. Burberry EDT mengangkat bau-bauan berasaskan sitrus dan dikahwinkan dengan nota kayu-kayan yang mengingatkan kepada atmosfera pantai-pantai di Britain.

Baunya disegarkan lagi dengan percikan lemon dan rosemary. Botolnya pula tampil dalam pesona biru cair dengan penutupnya adalah terjemahan kepada butang-butang kot trench yang sungguh sinonim dengan imej Burberry sendiri. Ayah anda mesti sukakan minyak wangi ini. 

 

ETERNITY Cologne for Him Calvin Klein

Mungkin inilah haruman sebahagian ayah-ayah hari ini ketika mereka muda belia. Eternity Cologne for him Calvin Klein antara minyak wangi ikonik, sangat sinonim dengan ramai lelaki di seluruh dunia. Haruman ini mula menjengah pasaran pada tahun 1988 yang mana ketika itu Eternity diilhamkan sebagai satu haruman yang penuh dengan tarikan sensual, dan ia hadir dalam versi lelaki dan perempuan. 

Eternity Cologne for him Calvin Klein meresap bau minyak halia, beri juniper, geranium, cardamome, lorenox dan accord. Ia adalah terjemahan kepada bau berempah dan alam, segar dan sangat secocok untuk lelaki yang kerap menjalankan aktiviti luar. Eternity adalah hasil buah fikir pakar haruman Julie Massé, Ralf Schwieger dan Véronique Nyberg. Dapatkannya pada harga RM398 (100ml) dan RM286 (50ml).

Artikel Berkaitan: FOREO LUNA 3 MEN, PERANTI MENCUCI & MENGURUT WAJAH

BOSS Bottled Eau de Parfum 

Jika Chris Hemsworth bersetuju untuk menjadi wajah kempen haruman ini, sekilas itu sudah kita tahu bagaimana baunya, pastinya cukup maskulin. Seperti katanya dalam satu temubual, “Saya faham apa erti makna setiap kempen Boss, kita semua adalah pelopor kepada kisah kita sendiri dan kita seharusnya kekal menjadi diri sendiri dan usahlah biarkan orang lain yang menentukan apa yang harus kita capai.” Keyakinan dan kepercayaan kepada diri itu diterjemahkan menerusi Boss Bottled Eau de Parfum, yang mana edisi ini bersifat lebih ‘keras’ dan mewah. 

Minyak wangi ini terealisasi hasil adunan epal, bergamot, lada hitam bersama minyak kayu manis, cardamon juga chestnut. Masih seperti Boss Bottled yang lain edisi EDP ini masih dibotolkan dalam kelalang yang serupa dalam ton kelabu. Mungkin ayah anda bertambah yakin apabila menyembur haruman ini, seyakin Hemsworth. 

 

Artikel Berkaitan: Produk Grooming Terkini Untuk Buah Hati

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI

Bacaan Lanjut
gote club

GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN

Bacaan Lanjut
pipi razi

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI

Bacaan Lanjut
dior sauvage

DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN

Bacaan Lanjut
joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE

DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE

Bacaan Lanjut