Skip to content

VOLVO PADEL OPEN 2025

VOLVO PADEL OPEN 2025: SUKAN PREMIUM, KOMUNITI AKTIF & GAYA TAK TERTANDING

Kongsikan artikel ini

Volvo Padel Open 2025 kembali dengan skala lebih besar dan gaya lebih berani. Kejohanan padel terbesar di Malaysia ini akan berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025, dan menampilkan format perlawanan baharu, kategori diperluas, serta lebih banyak peluang untuk pemain baharu menyertai dan mencipta pengalaman kompetitif mereka sendiri.

Padel, yang kini dikenali sebagai antara sukan paling pesat berkembang di dunia, menggabungkan elemen strategi, ketangkasan dan interaksi sosial — sesuai untuk mereka yang menghargai gaya hidup sihat dan berkomuniti. Volvo Car Malaysia terus memperkukuh hubungannya dengan sukan ini, menjadikan padel sebahagian daripada naratif jenama mereka yang menekankan teknologi, inovasi, dan inklusiviti.

Dari Kelas Latihan Eksklusif ke Akses VIP di Grand Final

Volvo Padel Open 2025 akan dijalankan dengan kerjasama Padelground, PadelKu, dan rakan baharu Joy Division Padel. Lebih 320 peserta dijangka mengambil bahagian, daripada yang baru mencuba padel sehinggalah atlet berpengalaman yang bersaing di peringkat serantau.

volvo padel open 2025

Peserta akan menikmati pelbagai keistimewaan seperti klinik padel percuma bersama jurulatih profesional, kit sukan Volvo yang eksklusif, serta akses ke grand final dengan layanan hospitaliti premium, menjadikan penyertaan ini bukan sekadar bersukan, tetapi juga pengalaman penuh gaya.

volvo padel open 2025

Patricia Yaw, Pengarah Operasi Pemasaran & Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia berkata, “Padel mencerminkan nilai Volvo, inovasi, keterangkuman dan semangat komuniti. Kami teruja melihat komuniti padel tempatan berkembang bersama kami.”

Pendaftaran Volvo Padel Open 2025 Kini Dibuka, Slot Terhad!

Pendaftaran untuk Volvo Padel Open 2025 akan bermula dari 3 Jun hingga 3 Julai, atau sehingga tempat penuh. Ini adalah peluang terbaik untuk mencabar diri, bertemu komuniti aktif, dan menyertai pengalaman sukan yang penuh gaya serta eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, lawati www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di media sosial.

Artikel berkaitan: Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

By Farhana Fuad
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI

Bacaan Lanjut

VOLVO BAKAL LUNCUR ES90 SERBA BARU

Bacaan Lanjut

ELEKTRIFIKASI VOLVO XC60 YANG LEBIH PINTAR

Bacaan Lanjut

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Bacaan Lanjut