AKSESORI LELAKI MEMPERHIAS 2021
5 Aksesori Perhiasan Barang Kemas Ini Patut Anda Cuba Sepanjang 2021
Jika dulu aksesori perhiasan barang kemas terkenal dalam kalangan penyayi rap, kini barang kemas semakin meraih perhatian dalam kalangan lelaki pada hari ini. Dari perhiasan seperti gelang hingga ke anting-anting pasti ada yang direka khas sesuai untuk lelaki. Harry Styles, Ezra Miller dan Alessandro Michele, iaitu pengarah kreatif Gucci tidak asing dalam mempoluarkan trend ini. Tidak kira emas, perak ataupun batu permata aksesori perhiasan ini semestinya memberikan impak yang kelihatan mewah kepada si pemakai. Kami membuat keputusan untuk memberikan rekomendasi yang anda patut cuba pada tahun ini!
1.Versace | Medusa Chain Necklace
Antara reka bentuk barang kemas ini lazimnya popular dalam kalangan penyayi rap. ‘Chain Neacklace’ pada tahun ini bukan sahaja menjadi antara trend barang kemas popular dalam kalangan wanita, malah lelaki juga. Tambahan pula, Versace antara jenama yang tidak asing dalam mempopularkan perhiasan ini dan ditambah dengan logo signature ‘medusa’ memberikan aura yang sangat mewah kepada pemakai.
2. Bottega Veneta | Ring
Rekaannya yang bersifat bergaya dan ‘bersahaja’, emas-18-karat bersalut “sterling silver” oleh Bottega Veneta ini merupakan pilihan yang ‘timeless’ buat mereka yang memlilih perhiasan untuk dipakai pada jangka masa yang lama.
3. Cartier | Juste Un Clou Bracelet SM (Yellow Gold)
Cartier sememangnya tidak asing dalam mereka barang kemas yang bercirikan ‘simple’ dan ‘timeless’. Siri rekaan Juste Un Clou barang kemas ini menambah ciri-ciri maskulin dalam jenama mereka. Jika emas bukan pilihan anda, tidak mengapa! Koleksi ini juga terdapat dalam 3 warna berlainan (Yellow Gold, Pink Gold dan White Gold)
4. CELINE | Mouvement Moderne Mobile Earrings In Brass With Gold Finish And Light Green Crystals
Populariti anting-anting dalam kalangan lelaki pada hari ini semakin meningkat. Pentas peraga tidak asing dalam mempopularkan trend ini. Menariknya, rekaan anting-anting CELINE ini merupakan rekaan wanita yang juga direkomendasi dalam koleksi anting-anting lelaki. Rekaan yang unik ini sesuai untuk para jejaka yang mencari kelainan dan keunikkan dalam gaya mereka kerana reka bentuknya.
5. Fendi | Cufflinks
Cufflinks atau manset merupakan aksesori perhiasan kecil yang popular kepada mereka yang gemar menggayakan kemeja dan sut. Walaupun kecil dan kelihatan remeh, namun manset meyerlahkan perincian kepada gaya si jejaka yang memakainya di samping menonjolkan ciri perwatakan seorang lelaki yang menitikberatkan pemakaiannya. Terdapat dalam dua pilihan warna (emas dan enamel putih), manset rekaan Fendi yang dinispirasikan daripada mata pepijat beg ini mempunyai rekaan yang ‘simple’ dan ‘statement’ merupakan perhiasan yang patut anda cuba pada tahun ini!
Artikel Berkaitan: HADIAH ISTIMEWA TANDA HARGAI CINTA HATI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguji setiap wangian secara langsung? GLAM Lelaki membariskan 10 pilihan terbaik untuk wangian lelaki pada tahun 2023.
RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE
Rumah fesyen Paris, Celine memperkenalkan rangkaian Cologne Céleste oleh Hedi Slimane yang merangkumi cologne, minyak badan, sabun mandi, lilin dan banyak lagi.
“GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Roberto Guiati sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar kulinari cita rasa Itali di Malaysia.
3 KOLEKSI FESYEN BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU
Inspirasi koleksi fesyen terkini dapat dijadikan referensi menarik sebagai penampilan khas musim panas. Berikut tiga koleksi baharu yang menarik untuk dicuba.
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
What to buy this summer? Ketahui tiga koleksi musim panas 2023 untuk menghangatkan penampilan musim panas.