LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022
KITA SEMUA BERADA DI PENGHUJUNG 2022 DAN TENTU SAJA, TAHUN INI MEMILIKI BANYAK MOMEN FESYEN YANG MENCURI PERHATIAN BANYAK KHALAYAK. LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DENGAN SUNTIKAN JANGKA HAYAT LEBIH LAMA DILENGKAPI PERINCIAN BERDAYA TARIK YANG MENARIK. GAYA MUSIM PERCUTIAN NYATA STYLISH!

LEVI’S® menyemarakkan musim perayaan dengan koleksi baharu dedikasi musim terindah tersebut. Menjelang musim perayaan, biasanya bagi yang merayakan, mempunyai tradisi untuk memberikan hadiah kepada orang-orang terdekat mereka. Oleh itu, Levi’s® memperkenalkan idea gaya terhadap tradisi pemberian hadiah di musim ini. Bagi meneruskan kempen musim percutian “Give Better” untuk 2022, Levi’s® komited untuk memastikan setiap rekaannya punyai inspirasi dari tradisi tersebut, sekaligus memberi idea bingkisan.
Tujuan kempen “Give Better” adalah untuk menawarkan idea gaya musim percutian yang segar. Langsung, memastikan stailnya kekal relevan dan berupaya untuk digayakan pada bila-bila masa. Ia juga menjadi intipati rekaan “Buy Better, Wear Longer”. Satu inisiatif terbaik oleh Levi’s® yang tidak dilakukan oleh jenama-jenama bertaraf global lain.
Meskipun padanan gaya denim boleh berubah mengikut trend dan kemahuan, Levi’s® Original adalah contoh rekaan yang kekal relevan buat selamanya. Bermula dengan pengenalannya pada tahun 1873 sehingga ke hari ini, pemakaian seluar jeans sama sekali tidak pernah ketinggalan zaman.


Maka itu, ciri-ciri utama koleksi dari kempen “Give Better” musim ini merangkumi helaian denim Levi’s® 501® bernada segar dalam pelbagai warna dan potongan. Terdapat rangkaian untuk lelaki dan perempuan, serta seleksi jeans 501® ’90-an baharu untuk wanita, yang kesemuanya dihasilkan daripada bahan mesra alam.
Ciri-ciri lain yang terdapat dalam koleksi musim perayaan 2022, ia tawaran koleksi pakaian asas yang lebih berkualiti. Bukan sahaja kualitinya telah dipertingkatkan, malah stail yang tersemat nyata stylish dan dijamin kekal tahan seiring usianya. Gaya santai tampak lebih hebat dengan padanan dari koleksi ini.
Semak koleksi Holiday 2022 Levi’s® di sini.
Artikel berkaitan: TOD’S X 8 MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











