KALENDAR 2017 ‘ABANG BOMBA’ KEMBALI DENGAN KONSEP LEBIH ‘PANAS’

Oleh Wan Mohd Firdaus Bin Basaruddin

Kalendar paling ‘hangat’ kini kembali. Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengeluarkan kalendar 2017 yang ekslusif, menampilkan imej yang lebih daring serta sasa, tapi gaya serta penampilan seorang hero dalam misi menyelamat. Kalendar khas ini diterbitkan secara rasmi dan diedarkan kepada kakitangan, pegawai-pegawai JBPM dan kementerian berkaitan.

15781116_10154189100691762_4731985485045268495_n

Muka hadapan kalendar 2017 Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM)

Menerusi laman Twitter rasmi BOMBA ‏(@bombaJBPM), pasukan keselamatan itu secara rasmi telah memuat naik beberapa kandungan dan imej kalendar tahunan mereka daripada muka hadapan sehinggalah bulan Disember 2017. Yang menariknya, pada tahun ini ia mempunyai kelainan apabila menampilkan imej anggota wanita yang turut sama menjalankan rutin harian seperti rondaan motosikal dan pertolongan cemas.

c0plgzcviaapp7x

Januari 2017

Misi utama pasukan bomba dalam menjalankan tugas dan membantu masyarakat tetap menjadi keutamaan apabila separuh daripada kalendar 2017 keberanian dan kesungguhan anggota bomba memadamkan kebakaran hutan, bantuan di kawasan kemalangan, misi menyelamat di puncak gunung, misi menyelamat mangsa lemas dan sebagainya.

c0pldbvuaaad50z

April 2017

 

Masih mengekal konsep imej anggota lelakinya yang berbadan tegap agar ia selari dengan tema ‘gaya hidup sihat’.

Walaupun kalendar ekslusif menarik ini hanya untuk diedar dalaman dan bukan untuk dijual, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kalendar ‘abang bomba’ boleh mendapatkannya dengan menyertai satu kuiz akan diadakan dalam masa terdekat dan mereka yang berjaya akan diberikan Kalendar 2017 JBPM.

Jangan lupa untuk follow akaun Twitter @bombaJBPM untuk maklumat lanjut. #jasamudikenang

Photo credit: Twitter @bombaJBPM

Tags: , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.