SHAWN MENDES X EMPORIO ARMANI

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Shawn Mendes, penyanyi kelahiran Kanada yang popular dengan lagu-lagu seperti Stitches, Mercy, Treat You Better and There’s Nothing Holding Back ‘meminjamkan’ kekacakkan dan popularitinya untuk kempen terbaru jenama pakaian antarabangsa terkemuka Emporio Armani, yang memfokuskan kepada perniagaan jam tangan pintar.

Selain itu, Shawn Mendes juga turut sama menyertai persembahan fesyen Emporio Armani dengan ‘berjalan’ di atas pentas tersebut memperagakan beberapa koleksi jenama tersebut. Siapa menyangka Shawn juga punya bakat menjadi model peragaan, dan pastinya tidak sukar memandangkan dirinya baru sahaja berusia 17 tahun dan without a doubt, mempunyai rupa yang kacak dan punya fanbase yang kuat.

Sejak seminggu lepas, Emporio Armani turut melancarkan beberapa set kepingan gambar Shawn Mendes beraksi di hadapan lensa kamera, menyarung busana kempen EA yang diberi nama ‘Connected’. Shawn turut menyarung koleksi jam tangan pintar EA di pergelangan tangannya. Saksikan video Shawn berjalan di persembahan fesyen dan eksklusif iklan kempen tersebut dengan menekan pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Jun 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.