BINTANG NBA DAN SELEBRITI TEMPATAN KONGSI RAHSIA UNTUK KESIHATAN MENYELURUH

Keupayaan bermain 82 perlawanan dalam tempoh 6 bulan untuk musim NBA sudah pasti tidak mudah kerana bola keranjang menuntut pemain untuk membuat keputusan yang pantas sepanjang perlawanan berlangsung. Untuk menyerlah serta mencapai tahap yang memuaskan, ini bermakna pemain NBA harus berada pada keadaan optimal untuk setiap perlawanan. Untuk mengatasi kekangan dari 82 judual permainan, pemain NBA memerlukan pemakanan yang tepat serta seimbang untuk memastikan tubuh mereka pulih dari sesi senaman dan permainan.

(Photo by Garrett Ellwood/NBAE via Getty Images)

Digelarkan salah seorang ‘penembak’ terbaik liga, Stephen Curry menyerahkan kepada isterinya, Ayesha Curry untuk merancang pelan dietnya. Langkah pertama Ayesha adalah menghindari gula dan mengkonfigurasi diet berasaskan konsep “eating the rainbow”, yang melibatkan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap warna. Sebelum perlawanan di Oakland, bekas juara MVP dua kali ini menikmati pasta yang disediakan oleh isterinya yang terdiri daripada sayur-sayuran antioksidan seperti tomato, terung, dan bayam.

(Photo by Jesse D. Garrabrant/NBAE via Getty Images)

Juara NBA tiga kali, LeBron James langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan selepas menyertai NBA Finals untuk lapan kali berturut-turut serta menutup tahun ke-15 beliau dalam liga. Apa rahsianya? Sama seperti atlet profesional yang teratas, James mengikuti rancangan makanan yang disusun semula semasa musim biasa dan pasca-musim. James mendedahkan bahawa dia mengurangkan pengambikan gula sepenuhnya semasa play-off kerana hanya memperlahankan proses pemulihan. Tambahan pula beliau mengamalkan asupan karbohidrat semasa play-off untuk memastikan beliau mempunyai tenaga yang konsisten sepanjang perlawanan.

(Photo by Nathaniel S. Butler/NBAE via Getty Images)

“Jurulatih Jr. NBA turut mengingatkan kepada para peserta tentang pentingnya pengambilan nutrien yang tepat, ” kata Ketua Jurulatih NBA Carlos Jr. Jr. “Kami sering menggalakkan pemain untuk makan dengan baik dan minum susu semasa mereka muda bagi menggalakkan pertumbuhan mereka dan menjadi versi terbaik mereka sendiri, dalam dan luar gelanggang.”

Selebriti tempatan yang juga seorang ibu seperti Sasha Saidin dan Linda Rafar telah membuktikan pentingnya pemakanan yang betul kerana ia dapat memupuk kebiasaan untuk pemakanan sihat buat anak-anak mereka, termasuk perkara-perkara yang mudah seperti kalsium mencukupi dalam susu dan ikan, hingga karbohidrat yang sihat seperti ubi manis dan beras perang yang mempunyai nutrien yang diperlukan untuk tulang dan pertumbuhan yang kuat.

“Melihat pada minat Adam yang cenderung pada sukan bola keranjang sejak kebelakangan ini, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan Adam untuk program Jr. NBA supaya dia boleh menguasai asas dalam menjadi pemain yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, saya menghargai kesihatan Adam dan berusaha lebih dalam membekalkan nutrien penting untuk menyokong gaya hidup aktifnya, “kata Sasha Saidin.

“Saya sentiasa menggalakkan anak-anak saya untuk menjalani gaya hidup aktif dan mendedahkan mereka kepada semua jenis sukan. Saya telah mendaftarkan mereka ke program Jr. NBA dalam mendedahkan mereka kepada bola keranjang dan nilai-nilai yang diperlukan oleh seseorang dalam bermain dalam sebuah pasukan. Semasa dalam peringkat pertumbuhan ini, penting untuk mereka mengambil makanan yang berkhasiat dan minum susu yang mencukupi bagi memastikan mereka kuat dan sihat setiap hari, “tambah Linda Rafar.

Kekalkan pendirian untuk hidup lebih baik dan sihat seperti atlet dan selebriti kegemaran anda. Mulakan dengan jadual diet harian anda dan luangkan masa untuk aktiviti fizikal. Kem Seleksi Wilayah Jr. NBA Malaysia 2018 yang dibawakan oleh Dutch Lady telah pun berlangsung pada 21-22 Julai lepas di mana 8 kanak-kanak lelaki dan perempuan akan dipilih sebagai Jr NBA All-Star seterusnya akan menikmati pengalaman NBA yang unik.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi di http://jrnba.asia/malaysia.

Oleh Wan Mohd Firdaus

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.