BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?
Bulu bawah lengan adalah persoalan perapian lelaki yang sering kali jadi topik bualan paling hangat. Perlu atau tidak seorang lelaki mencukur bulu di bahagian tersebut?
Kenapa ada lelaki yang kurang mahupun malas untuk mencukurnya? Dengan alasan, bulu bawah lengan adakala menyerlahkan keseksian atau aura ‘jantan’ mereka. Zaman sudah berubah, namun kenapa masih ada lagi lelaki mempercayai mitos berkenaan.
Tetapi berdasarkan survey dalaman yang kami jalankan, hampir 80% wanita tidak menyukai pasangan menyimpan bulu bawah lengan atau bulu ketiak? Dan 58% lelaki mencukurnya atas alasan estatika dan aspek kesukanan. Persoalannya kini, bulu bawah lengan perlu dicukur atau tidak?
Yang menariknya, sains sendiri tidak pasti kenapa lelaki mempunyai bulu bawah lengan. Berdasarkan Prof Daniel Lieberman, Ph.D., seorang profesor bidang Biologi Evolusi Kemanusiaan, Universiti Harvard berkata, “bulu bawah lengan lelaki berkemungkinan untuk menarik perhatian pasangan”.
Jelasnya lagi, “bawah lengan anda mempunyai banyak kelenjar apokrin, yang mengeluarkan peluh. Peluh ini terdiri daripada steroid, lipid, protein, dan bahan kimia lain yang bertugas dalam menyampaikan “maklumat.”
Sebagai contoh, nenek moyang anda dahulu mungkin percaya bahawa bulu bawah lengan mampu untuk memerangkap bauan untuk menarik perhatian pasangan. Tetapi, kami yakin zaman sudah berubah dan formula itu sudah tidak boleh dipakai lagi dek atas pelbagai faktor, seperti keadaan cuaca, tekanan kerja, diet tidak seimbang serta genetik.
Jadi, aplikasikan cara ini untuk memastikan bawah lengan anda terpelihara.
5 TIP MEMASTIKAN BAHAGIAN BAWAH LENGAN KEMAS
1. CUKUR BASAH
Jangan sesekali anda mencukur kering bulu bawah lengan anda. Ini akan menyebabkan ruam dan kegatalan, dan seterusnya menjadikan bawah lengan anda kegatalan.
2. MANDIAN AIR PANAS MEMBANTU
Mandian air panas sebenarnya lagi membantu dalam melembutkan akar bulu bawah lengan anda agar ia mudah untuk dicukur. Ini sekaligus membantu mengurangkan kerengsaan dan kegatalan selepas mencukur bulu ketiak anda.
Mencukur semasa mandi bagi kami cara yang cepat, mudah dan selesa. Wap dan haba dalam pancuran mandian membuka liang-liang pori dan melembutkan rambut, menjadikannya persekitaran yang ideal untuk bercukur rapat. Air panas juga sesuai untuk cabut bulu ketiak jika anda mempunyai kulit sensitif.
3. PENCUKUR
Penggunaan pencukur juga memberi kesan dalam rutin perapian bawah lengan anda. Jangka hayat pencukur adalah paling lama dua minggu. Pastikan anda menukar pencukur anda sentiasa.
Pencukur yang tidak ditukar merangkap bakteria dan kekotoran, sekaligus hanya akan menyebabkan bawah lengan anda kegatalan serta ruam. Jadi jika anda mahu cukur bulu ketiak lelaki, pastikan anda menukar pencukur dengan kerap dan pastikan juga pisaunya tidak tumpul untuk elak kecederaan.
4. SIMPAN SEDIKIT
Sekiranya anda masih mempercayai mitos rambut bawah lengan adakala tampak seksi di mata pasangan, tidak salah untuk anda menyimpannya sedikit. Namun, pastikan ia dirapi ringan dan sentiasa.
Namun begitu ada sesetengah lelaki tidak digalakkan untuk menyimpan kerana ia boleh memerangkap peluh lantas badan akan cepat berbau. Untuk elakkan badan berbau, anda harus mandi dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakai sabun mandi yang sesuai agar kulit lebih lembut dan tidak mengelupas.
5. JANGAN PAKAI DEORDARAN SELEPAS MENCUKUR
Jangan amalkan untuk terus memakai deodoran sebaik saja anda mencukur atau cabut bulu ketiak. Tunggu dalam 3-5 minit bagi memastikan kulit bawah lengan anda itu bernafas. Malah ini juga untuk memastikan anda tidak menyembur wangian pada kulit yang terdedah. Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan kegatalan.
Teks Wan Mohd Firdaus
Artikel berkaitan: 8 TIP TERBAIK HINDARI BAU BADAN BUAT LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC
Jenama kosmetik segar asal Britain, Lush melancarkan stor ke-10 di Malaysia di Suria KLCC yang turut menampilkan produk grooming untuk lelaki.
9 DO’S & DON’TS KETIKA WAXING BULU KETIAK
Waxing adalah cara terbaik untuk membuang bulu ketiak daripada mencukur. GLAM Lelaki menyenaraikan DO'S dan DON'TS jika ingin mencuba waxing bulu ketiak anda.
5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR
Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 langkah untuk merawat masalah kelemumur.
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN
FRED Jewelry barangan kemas berprestij yang mencetus inspirasi mewah dan artistik kini secara eksklusif berada di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.