DARI PADANG BOLA SEPAK KE PENTAS HOLLYWOOD
Ramai yang berjaya membina nama di Hollywood melalui kerjaya dalam sukan bola sepak antaranya David Beckham, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar Jr.
Tidak dinafikan bergelar pemain bola sepak adalah sesuatu kerjaya yang hebat dan baik untuk tubuh. Namun ada kala ia tidak memberi jaminan kewangan jangka panjang dan mempunyai risiko tersendiri. Satu kecederaan teruk boleh menyebabkan atlet tersingkir daripada perlawanan selamanya, seperti yang dialami salah seorang daripada selebriti ini.
Selepas kerjaya dalam bidang sukan berakhir, lima bintang ini memilih untuk terjun ke dalam industri hiburan bagi menjana pendapatan dan mencipta nama di Hollywood!
JOHN DAVID WASHINGTON
Anak kepada pelakon legenda, Denzel Washington dipilih menyertai Los Angeles Rams pada 2006, kemudian dilepaskan, dan kembali menandatangani kontrak bersama skuad latihan pasukan itu. Dia juga bermain untuk pasukan NFL Europe sebelum kembali ke Amerika Syarikat dan menyertai NFL sehingga 2012.
Tidak lama selepas itu Washington mengikut jejak langkah bapanya dan menjadi bintang Hollywood. Dia mula berlakon dalam drama komedi Ballers di samping Dwayne Johnson sebelum melebarkan sayap ke layar perak. Antara filem lakonannya adalah BlacKkKlansman, Tenet, dan akan datang Malcolm and Marie gandingan bersama Zendaya.
Foto: Emma McIntyre/Getty Images for SBIFF
TERRY CREWS
Crews terkenal dengan wataknya sebagai Latrell Spencer dalam filem komedi White Chicks dan Leftenan Terry Jeffords dalam sitkom Brooklyn Nine-Nine. Dia membuat kemunculan pertama pada tahun 2000 melalui filem sains fiksyen The 6th Day.
Namun sebelum bergelar pelakon, Crews dipilih menyertai NFL Draft 1991 dan Los Angeles Rams. Dia bermain untuk pasukan Rams, San Diego Changers, Rhein Fire (pasukan NFL Europe), Washington Football Team dan Philadelphia Eagles selama enam tahun sebelum bersara pada 1996.
Foto: Rich Fury/Getty Images
DWAYNE JOHNSON
Sebelum dikenali sebagai The Rock, Johnson merupakan pemain bola sepak yang berjaya. Dia bahkan bermain untuk University of Miami ketika mereka memenangi Kejuaraan Negara pada 1991. Selepas menamatkan pengajian di universiti, dia menandatangani kontrak dengan pasukan bola sepak Kanada, Calgary Stampeders dalam skuad latihan mereka, namun disingkirkan selepas hanya dua bulan.
Dia kemudian memilih untuk mengikut jejak langkah bapanya dengan menjadi ahli gustti profesional. Dia membuat kemunculan pertama dalam filem berjudul The Mummy Returns pada 2001 dan terus aktif sehingga kini. Malah, dia kini merupakan pelakon yang menerima bayaran paling tinggi di Hollywood, dua tahun berturut-turut.
Foto: Art Streiber/NBCUniversal via Getty Images
DEAN CAIN
Cain menandatangani kontrak bersama Buffalo Bills sebagai pemain bebas pada 1988 selepas menamatkan pengajian di Princeton. Namun, kecederaan lutut menyebabkan dia tersingkir daripada pasukan tersebut sebelum kerjayanya sempat bermula.
Dia kemudian menukar haluan kerjaya dengan menjadi pelakon dalam Beverly Hills, 90210 dan A Different World, sebelum ditawarkan dengan peranan yang mengubah hidupnya – wartawan dan adi wira Clark Kent dalam Lois & Clark: The New Adventures of Superman dari tahun 1993 hingga 1997.
Foto: Jason Merritt/Getty Images
NNAMDI ASOMUGHA
Asomugha (yang juga suami kepada pelakon Kerry Washington) bersara dari NFL pada 2013 selepas bermain untuk pasukan Oakland Raiders dari 2003 hingga 2010, Philadelphia Eagles dari 2011 hingga 2012, dan akhirnya San Francisco 49ers pada 2013. Dia dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik Raiders sepanjang zaman.
Empat tahun kemudian, selepas berjaya mengumpul banyak pengaruh di Hollywood, Asomugha berlakon dalam filem Crown Heights. Dia turut dicalonkan dalam Film Independent Spirit Award untuk filem terbitannya itu. Tahun lalu, dia kembali menerbit dan menerajui filem Sylvie’s Love yang mendapat penilaian menakjubkan sebanyak 92% daripada Rotten Tomatoes.
Foto: Jason Merritt/Getty Images
Foto: Photography by Rosaline Shahnavaz
Pautan berkaitan: PRESTASI CHELSEA MEROSOT, FRANK LAMPARD DIPECAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!











