5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI
Dalam dunia fesyen lelaki Malaysia yang kian berkembang, nama Pipi Razi semakin menyerlah sebagai wajah fesyen. Pipi memiliki gaya yang berani, segar, dan penuh personaliti. Dia bukan sahaja aktif dalam dunia kreatif, malah gaya OOTD (Outfit of the Day) yang sering dikongsikan di media sosial mencetus ilham gaya buat lelaki. Menyelak posting Pipi di akaun Instagram-nya, GLAM Lelaki memilih lima ‘point’ gaya OOTD yang menjadi pilihan.
#1 Monokrom Minimalis
Pipi Razi menunjukkan bahawa gaya tidak semestinya kompleks. Padanan kemeja oversized dengan seluar slack hitam atau putih serta kasut loafers kulit memberikan aura sofistikated yang effortless. Gaya ini sesuai untuk acara formal mahupun kala menghadiri majlis sosial.
#2 Streetwear Moden
Pipi bijak menggabungkan elemen streetwear seperti jaket bomber, seluar kargo, dan sneakers dengan aksesori berani seperti bucket hat dan beg silang. Ia menyerlahkan sisi urban dan muda dalam gaya peribadinya.
#3 Retro Tahun 70-an
Salah satu gaya paling mencuri tumpuan adalah inspirasi retro. Seperti kemeja bercorak batik dengan potongan flare, digabungkan dengan cermin mata aviator. Gaya ini memberi penghormatan kepada era klasik sambil mengekalkan elemen moden.
#4 Ton earthy
OOTD bertemakan warna tanah seperti beige, coklat dan hijau zaitun sering dipakai oleh Pipi, mencipta kesan harmoni dan maskulin. Pilihan fabrik seperti linen dan kapas organik juga menunjukkan Pipi gemar gaya yang relaks. Terkadang gaya santai effortless juga menjadi salah satu gaya yang mesti cuba untuk para lelaki.
#5 Eksperimen Siluet Berani
Tidak takut mencuba, Pipi sering bereksperimen dengan potongan oversized, layering kreatif, dan tekstur luar biasa. Dari kot labuh asimetrik hingga seluar lebar tinggi pinggang, setiap penampilannya membawa naratif unik.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.











