LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!
Max Verstappen bergelar juara Bahrain Grand Prix di Malaysia, dianugerahkan trofi yang khas dipersembahkan di dalam Peti Trofi Louis Vuitton.
Juara dunia Max Verstappen meraih kemenangan pertama bagi dirinya dan pasukan Red Bull pada tahun ini. Ditambahkan dengan cuaca yang tidak menentu dan perlumbaan yang tertangguh akibat ribut, ternyata kejayaan Max di Bahrain Grand Prix Ahad lalu membuktikan kehebatannya.
Kembalinya Formula 1 ke Litar Antarabangsa Sepang selepas hampir satu dasawarsa menyajikan perlumbaan paling luar biasa musim ini. Setelah perlumbaan ditangguhkan sebanyak dua kali akibat hujan lebat, Max menewaskan Kimi Antonelli dalam aksi litar penuh cabaran demi meraih kemenangan. Sementara itu, Lewis Hamilton mempamerkan kebangkitan luar biasa daripada tangga ke-18 untuk menduduki tempat ketiga.
Formula 1 dan Louis Vuitton

Inisial Max Verstappen (MV) dan Oscar Piastr (OP) pada Peti Trofi Louis Vuitton.
Kejayaan Max Verstappen di Bahrain Grand Prix diraikan dengan penuh prestij menerusi trofi yang diletakkan di dalam Louis Vuitton Trophy Trunk. Perlumbaan ini menandakan musim kedua Louis Vuitton sebagai Rakan Kongsi Rasmi Formula 1. Peti ini direka khas untuk melindungi dan mempamerkan trofi Grand Prix dan dipamerkan di butik Louis Vuitton Pavillion Kuala Lumpur selama beberapa hari. Penyampaian trofi ini juga mengukuhkan dedikasi Louis Vuitton terhadap kecemerlangan, savoir-faire, dan reka bentuk inovatif.
Pengenalan Victory patch oleh maison pada tahun ini juga mengukuhkan lagi legasi pemenang-pemenang Grand Prix. Setelah melintasi garisan penamat, inisial Max Verstappen telah ditambah bersama-sama dengan inisial pemenang 2025, Oscar Piastr, menjadi tanda penghormatan kepada setiap sejarah Grand Prix serta para pemandu yang membentuknya.
Selaras dengan tradisi maison, Peti Trofi Louis Vuitton ini dihasilkan secara manual di bengkel bersejarah Asnières-sur-Seine, Perancis. Disini jugalah terhasilnya trunk kereta pertama, Vuittonite, dibawah pimpinan Georges Vuitton – anak lelaki Louis Vuitton – pada tahun 1897. Material kanvas tahan lasak menggantikan kulit, mencipta peti berdaya tahan tidak mengira iklim. Ia merupakan sebuah inovasi yang berkembang menjadi material emblematik maison sehingga hari ini. Ternyata setelah 125 tahun berlalu, Louis Vuitton meneruskan hubungannya yang erat bersama budaya automotif.
Artikel berkaitan: 5 FAKTA PERLU TAHU TENTANG LITAR SEPANG ANTARABANGSA SEMPENA F1 BAHRAIN GRAND PRIX
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER
Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober.











