AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Pengeluar jam tangan mewah dari Switzerland, Audemars Piguet, memperkenalkan ‘The Watch Keepers’: perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
Jam tangan mewah kini lebih mudah didekati. Melalui platform digital khusus, Audemars Piguet memperkenalkan The Watch Keepers, sebuah perkhidmatan yang memudahkan urusan jual beli jam tangan tulen di bawah jagaan pusat servis Maison. Setiap utas menerima perhatian dan kepakaran yang sama seperti semasa awal penghasilan sebelum memulakan lembaran baharu. Platform yang terbuka buat pengumpul mahupun peminat baharu ini berpeluang meluaskan akses kepada pelbagai generasi jam tangan Audemars Piguet, di samping memupuk hubungan dalam seni pembuatan jam tangan serta komuniti AP.
Platform digital beriktiraf

Koleksi terpakai Audemars Piguet merentas generasi.
Audemars Piguet ‘The Time Keepers’ buat julung kalinya sebagai sebuah platform digital. Ruang mayanya menampilkan bilik-bilik bertema warna, membawa pengunjung menyelami dunia tawaran jam tangan terpakai yang diiktiraf (CPO) oleh Audemars Piguet. Para pengunjung akan dibimbing oleh ‘Expert Watch Keepers’, pasukan AP yang dipaparkan sebagai avatar digital, untuk mendapatkan bantuan pada bila-bila masa. Pengguna juga boleh meneroka jam tangan terpakai yang tersedia, menyenaraikan model jam tangan untuk dijual, serta mengakses kandungan editorial. Pengalaman interaktif ini menyediakan proses yang lebih bebas dan memudahkan.
Platform digital mewujudkan ruang yang selamat dan dipacu oleh komuniti. Mengikut Audemars Piguet, inisiatif ini dibangunkan dalam memenuhi permintaan pelanggan dan memastikan jam tangan terus dipakai dan dihargai. Dari sudut amalan mampan pula, pendekatan terbaharu ini juga dapat dipanjangkan hayat dan dihargai dengan lebih lama.
Setiap individu dapat memperbaharui koleksi sambil berpeluang menemui pemilik baharu. Pendekatan ini secara langsung menangani demand dalam komuniti peminat jam tangan. Kini, ruang buat para pengumpul jam berinteraksi dibuka lebih luas merentas generasi.
Artikel berkaitan: IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.











