Skip to content

7 TAHUN BERSAMA, KANYE WEST DAN KIM KARDASHIAN SEDIA BERCERAI

7 TAHUN BERSAMA, KANYE WEST DAN KIM KARDASHIAN SEDIA BERCERAI

Kongsikan artikel ini

‘Kanye West sudah boleh agak ia bakal terjadi tidak lama lagi,’ menurut sumber.

Kes tuntut cerai yang sudah menjadi ura-ura sejak tahun lalu kini sudah sampai ke penghujungnya. untuk mengetahui masa depannya, “kata seorang sumber, sambil menambahkan bahawa Kanye West, 43, sedang bersiap sedia untuk diajukan fail tetapi tidak tahu bila masa dan harinya.

Kim Kardashian, 40 yang diwakili  peguam berprofil tinggi, Laura Wasser sepertimana yang dilaporkan Page Six kelihatan gembira dan sedang fokus kepada kerjanya walaupun berdepan dengan masalah rumah tangga yang melandanya sejak tahun lalu. Bintang realiti ini juga khabarnya sedang meneruskan pengajian dalam bidang guaman dan dengan lantangnya bersuara dan  hasratnya untuk reformasi keadilan jenayah.

Sumber menyatakan yang pasangan selebriti ini sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Disember lalu. Kim kini sibuk dengan kerja dan projek-projek penting manakala Kanye sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang rapper. Their lives don’t overlap much.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan North, 7, dan Chicago, 2, dan anak lelaki Saint, 5, dan Psalm, yang berusia 2 tahun pada bulan Mei, berhadapan dengan musim panas yang penuh drama. Bermula dengan undi tidak berjaya sebagai presiden, desas-desus perceraian dan banyak lagi drama lain.

 

Semasa berkempen pada bulan Julai, Kanye West membocorkan maklumat peribadi tentang keluarganya dan perkahwinannya dan menunjuk perasaan dan di Twitter. Sumber memberitahu PEOPLE pada masa itu bahawa kempen West sedang berdepan dengan kitaran baru gangguan bipolarnya.

Tidak lama kemudian, Kardashian secara terbuka membahas diagnosis gangguan bipolar suaminya di media sosial, meminta “belas kasihan” daripada peminat. Namun, pada bulan September, rangkaian tweet muncul mengatakan perkahwinan mereka sedang bergolak.

“Perkara yang sama berulang-ulang kali,” kata seorang sumber lagi ketika itu. “Kim benar-benar berusaha mahu mengakhiri segalanya untuk melindungi anak-anak, dan juga kewarasannya dirinya. The whole thing is discouraging and difficult for her.”

Pautan berkaitan: FORBES: YANG KAYA DAN BERJAYA TAHUN 2020

Sumber: People.com

 

 

 

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 MOGUL KECANTIKAN BERSTATUS BILIONAIR PALING BERJAYA DI DUNIA

10 MOGUL KECANTIKAN BERSTATUS BILIONAIR PALING BERJAYA DI DUNIA

Bacaan Lanjut
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN

Bacaan Lanjut
SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

Bacaan Lanjut
KIM KARDASHIAN DEDAH HUBUNGANNYA DENGAN JHO LOW & 1MDB

KIM KARDASHIAN DEDAH HUBUNGANNYA DENGAN JHO LOW & 1MDB

Bacaan Lanjut
KIM KARDASHIAN PEMILIK BAHARU LOKET IKONIK PUTERI DIANA

KIM KARDASHIAN PEMILIK BAHARU LOKET IKONIK PUTERI DIANA

Bacaan Lanjut
KANYE WEST AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN PEREKA YEEZY

KANYE WEST AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN PEREKA YEEZY

Bacaan Lanjut