BARISAN FILEM HEBAT LAKONAN BINTANG KELAS-A KOREA PADA 2022
The Pirates: Goblin Flag, sekuel kepada filem aksi berjudul The Pirates (2014) akan ditayangkan di pawagam pada 26 Januari. Menampilkan Kang Ha Neul dan Han Hyo Joo, ia menjanjikan jalan cerita yang memacu adrenalin dan barisan pelakon baru. Filem sebelumnya yang dibintangi oleh Son Ye Jin dan Kim Nam Gil mengutip sekitar 8.7 juta jualan tiket pada 2014.
The Roundup yang merupakan sekuel filem aksi jenayah, The Outlaws (2017) dijadualkan menemui penonton sebelum Julai 2022. Ma Dong Seok, juga dikenali sebagai Don Lee di Amerika Syarikat akan menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai Ma Seok Do, manakala Son Suk Ku pula akan menyertai barisan pelakon sebagai penjahat. The Outlaws berjaya menarik minat lebih 6.9 juta penonton filem Korea pada tahun 2017.
Confidential Assignment 2, sekuel filem komedi aksi Confidential Assignment (2017) juga bakal menemui penonton tahun ini. Ia berkisar tentang detektif Korea Utara, Lim Cheol Ryung (Hyun Bin) yang bekerjasama dengan detektif polis Korea Selatan, Kang Jin Tae (Yoo Hai Jin) untuk menyelesaikan misi rahsia. Filem pertama mencatat 7.8 juta jualan tiket pada 2017.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 K-DRAMA TERBAIK TENTANG CINTA TIGA SEGI
Selain Full House lakonan Rain dan Song Hye Kyo, tonton beberapa lagi drama percintaan terbaik menurut IMDb.
BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU
Aktor, penyanyi dan model popular Korea, Lee Min Ki memberi kejutan apabila berkongsi fotonya di puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON
Kenali Charles Melton yang mencuri perhatian peminat menerusi persembahan luar biasanya dalam filem May December.
JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR
Bintang Korea Selatan, Ji Chang-wook yang juga merupakan duta Rado terbang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan butik terbaharu di Pavilion KL.
LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA
Pasangan popular Korea, Lee Seung Gi dan Lee Da In dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.