Skip to content

Daft Punk Berpisah Selepas 28 Tahun

Kongsikan artikel ini

Duo muzik dance ikonik yang terkenal dengan kostum robot, Daft Punk mengumumkan berita yang mengejutkan ini melalui melalui sebuah video berjudul Epilogue.

2021 tidak bermula dengan baik buat peminat muzik dance! Duo ikonik Daft Punk telah mengumumkan perpisahan mereka selepas 28 tahun bersama. Sejak ditubuhkan di kota Paris, Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo telah menghangatkan generasi muzik dengan lagu-lagu dance dan pop yang pasti memberikan memori penuh kegembiraan.

Daft Punk mengumumkan perpisahan kumpulan mereka melalui sebuah video berjudul Epilogue. Dalam video berdurasi 7 minit 57 saat itu, mereka masih lagi mengenakan kostum robot yang kekal ikonik. Mereka mengucapkan selamat tinggal di sebuah padang pasir, sebelum salah seorang daripada mereka meletus. Video itu kini sudah menerima lebih 10 juta tontonan selepas berita ini diumumkan.

Berita yang menyedihkan ini telah disahkan oleh publicist Daft Punk sendiri iaitu Kathryn Frazier. Walau bagaimanapun, tiada alasan yang dikongsikan mengenai perpisahan ini.

Daft Punk telah ditubuhkan pada 1993 di Paris, Perancis. Album pertama mereka, Homework telah diterbitkan pada 1997 dengan menampilkan lagu hit klasik seperti ‘Around the World’ dan ‘Da Funk’. Melalui album Discovery pada 2001 pula, mereka membuat kemunculan dengan kostum robot yang kekal menjadi trademark.

Album Random Access Memories telah memberikan letusan kepada karier mereka sekali lagi. ‘Get Lucky’ yang menampilkan Pharrell Williams dan Nile Rogers telah menjadi mainan di seluruh dunia. Album studio terakhir mereka ini telah menjuarai carta Billboard 200, yang pertama buat mereka. Ia juga telah menerima lima trofi  kemenangan di Anugerah Grammy 2014 termasuklah Album Tahunan dan Record Tahunan.

Sejak kemenangan besar itu, Daft Punk telah berkolaborasi bersama penyanyi popular seperti The Weeknd selalui lagu ‘Starboy’ dan ‘I Feel It Coming’ pada tahun 2016. Mereka juga pernah berkolaborasi bersama Kanye West untuk album berjudul Yeesus.

Daft Punk pasti diinagti sebagai antara kumpulan muzik dance yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Dengan lagu-lagu hit seperti ‘One More Time’, ‘Harder, Better, Faster, Stronger’, ‘Lose Yourself to Dance’ dan banyak lagi, mereka telah mencorak dan merevolusikan muzik dance sehingga ke hari ini.

 

Baca lebih lanjut: NOVAK DJOKOVIC KUASAI TERBUKA AUSTRALIA 2021

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton Men

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM LOUIS VUITTON PRE-FALL 2024 MEN DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Must watch June 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023

Bacaan Lanjut
SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIKI JENAMA KECANTIKAN SENDIRI

SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIKI JENAMA KECANTIKAN SENDIRI

Bacaan Lanjut