DANIIL MEDVEDEV TEWASKAN NOVAK DJOKOVIC DI TERBUKA AMERIKA SYARIKAT
Daniil Medvedev mengejutkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic untuk menjuarai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2021 dan piala Grand Slam pertama.
Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev memenangi piala Grand Slam pertama selepas memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat 2021. Pemain tenis dari Rusia itu mengejutkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dengan keputusan 6-4 6-4 6-4 pada acara akhir yang diadakan di Flushing Meadows, New York.

(Photo by Al Bello/Getty Images)
Dengan kemenangan ini, Daniil Medvedev menjadi pemain lelaki ketiga dari Rusia menjuarai Grand Slam selepas Marat Safin dan Yevgeny Kafelnikov. Pemain berusia 25 tahun itu memenangi kejohanan utama tenis selepas tiga kali kalah di peringkat akhir dan menjadi pemain kesembilan yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat sejak 14 tahun lalu. Pemain Austria, Dominic Thiem memenangi edisi tahun lalu.

(Photo by Matthew Stockman/Getty Images)
Kekalahan Novak Djokovic kali ini memusnahkan harapannya untuk mencipta sejarah dengan memenangi kejuaraan Grand Slam keempat tahun ini. Sebelum kejohanan ini, pemain Serbia berusia 34 tahun itu telah menjulang trofi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini. Dia kini kekal dengan 20 kejuaraan Grand Slam keseluruhan, bersama Roger Federer dan Rafael Nadal.

(Photo by Matthew Stockman/Getty Images)
“Saya ingin mengucuapkan terima kasih kepada pasukan saya, yang berada di sini ataupun sedangn menonton. Ibu bapa saya, keluarag saya, kakak-kaka saya. Dan rakan-rakan saya juga yang berada di sini,” ucap Daniil Medvedev yang hanya kalah satu set sepanjang perlawanan. Dia mengikut jejak langkah Rafael Nadal pada 2010 dan Ivan Lendl pada 1987 yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat dengan kekalahan satu set sahaja.

(Photo by Elsa/Getty Images)
Untuk kategori wanita, Emma Raducanu daripada Britain memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Sayarikat pertama dengan menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez. Pemain berusia 18 tahun itu mencipta sejarah dengan menjadi pemain wanita Britain pertama selepas 44 tahun memenangi trofi Grand Slam.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: LEONARDO DICAPRIO, JENNIFER LAWRENCE DAN MERYL STREEP BERSATU DALAM ‘DON’T LOOK UP’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022
Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi mengungguli senarai atlet paling kaya dengan pendapatan melebihi RM 570 juta menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo sepanjang 12 bulan yang lalu.
7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL
Selain dilahirkan right-handed dan menggemari minuman Coca-Cola, legenda tenis Rafael Nadal terkenal dengan mengamalkan beberapa kepercayaan ‘pelik’ ketika berada di atas gelanggang tenis.
ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO
Pemain tenis Switzerland, Roger Federer mengumumkan penarikan diri daripada menyertai Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo bermula akhir bulan ini.
NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI WIMBLEDON KEENAM, GRAND SLAM KE-20 KESELURUHAN
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini dalam perlawanan akhir Wimbledon untuk merangkul trofi keenam, dan 20 gelaran Grand Slam keseluruhannya.
HUAWEI WATCH 3 SERIES KINI DI MALAYSIA
HUAWEI memperkenalkan jam tangan pintar paling premium, HUAWEI WATCH 3 Series yang pertama dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan kini boleh didapati secara pra-tempahan di Malaysia.
NOVAK DJOKOVIC JUARA TERBUKA PERANCIS 2021
Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mencipta sejarah selepas menjuarai kejohanan Roland Garros kedua dengan menewaskan pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas di Terbuka Perancis 2021.