Skip to content

LULULEMON MELANCARKAN KEDAI TERBESAR DALAM MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Jenama pakaian dan aksesori sukan dan gaya hidup aktif, lululemon mengukuhkan penguasaan mereka dalam Malaysia dengan pembukaan stor terbesar yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

The Exchange TRX terus menjadi lokasi pusat beli-belah terhangat kini. Terbaharu, lululemon melancarkan pembukaan stor terbesar mereka di Malaysia. Ini terus mengukuhkan komitmen jenama itu yang lebih mendalam kepada pasaran di Malaysia.

Lululemon trx

Terletak di destinasi membeli-belah yang serba baharu The Exchange TRX, kedai berkeluasan 5,000 kaki persegi itu berada di tengah-tengah daerah kewangan antarabangsa Kuala Lumpur. Ia kini kian pesat membangun bertemu dengan pusat hab membeli-belah gaya hidup mewah.

Kedai lululemon yang terbaharu itu menampilkan reka bentuk semula jadi dan mesra alam. Gabungan rotan daripada sumber tempatan serta bahan mesra alam sekitar, mewujudkan suasana damai dan tropika di keseluruhan kedai itu. Komitmen terhadap sumber mampan ini bukan sahaja meningkatkan nilai estetika, malah turut mengukuhkan hubungan dengan komuniti tempatan, mencipta ruang yang memenuhi cita rasa tetamu Malaysia.

Lululemon malaysia

Di bawah strategi pertumbuhan Power of Three x 2, lululemon berhasrat untuk meneruskan pengembangannya untuk meningkatkan kerelevenan dan hubungannya dengan lebih ramai lagi komuniti tempatan.

Produk yang dihasilkan khusus untuk aktiviti yoga, larian, latihan, dan pelbagai kategori aktiviti sukan seperti golf, tenis, dan mendaki, serta koleksi Kasual yang direka sebagai pakaian harian yang versatil, semuanya boleh didapati di kedai ini. Para tetamu bakal menikmati peluang eksklusif untuk menerokai pelbagai produk popular yang ditawarkan, termasuk seluar dan hijab Align™ istimewa jenama itu yang direka khusus untuk wanita dan diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang lembut.

Koleksi Pakaian Lelaki Lululemon Di Stor Terbesar Malaysia

Untuk lelaki, seluar ABC, yang diperbuat daripada fabrik Utilitech™, memberikan keselesaan sepanjang hari. Selain kebebasan untuk bergerak, dan regangan empat hala dalam gaya kasual dan langsing. Lelaki juga boleh mendapatkan seluar pendek Pace Breaker yang dipacu prestasi, diimaginasikan semula. Ini untuk keselesaan maksimum dan kepelbagaian gunaan, sesuai untuk berlari, berlatih, dan bersenam.

Lululemon lelaki

Kaum lelaki juga boleh menemukan seluar pendek License to Train. Ia dilengkapi dengan poket berzip dan tali jerut pinggang versatil yang boleh dipakai di dalam atau di luar. Selain itu, kedai tersebut turut mempersembahkan dua koleksi musim cuti terbarunya iaitu Winter Whites dan Moon Bow. Ia terdiri daripada pakaian aktif teknikal dan pakaian lounge selesa hinggalah kepada pakaian dan aksesori yang wajib dimiliki. Serta hadiah bergaya dan selesa, sesuai untuk semua acara.

Direka dengan Science of Feel, pendekatan unik lululemon terhadap inovasi melibatkan rangkaian produk jenama itu termasuk fabrik teknikal proprietari dan teknik penghasilan berinovasi. Serta padanan strategik serta ciri-ciri bagi memenuhi keperluan setiap pengguna dan meningkatkan kesejahteraan serta prestasi mereka.

Bersempena dengan pembukaan ini, bagi 50 pelanggan pertama yang berkunjung ke kedai baharu lululemon setiap hari mulai 6 hingga 10 Disember 2023. Dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang, mereka akan menerima botol air eksklusif lululemon yang boleh diperibadikan di premis TRX.

Menyantuni dan Membantu Komuniti menerusi Kempen “Here for the Presence”

Sempena pembukaan kedainya yang terbaharu dan bagi memupuk komuniti kesejahteraan holistik di mana mereka boleh bergerak, berkembang dan berhubung. Lululemon turut menganjurkan acara komuniti selama dua hari di Rumah Tangsi yang akan dibuka kepada orang ramai pada 9 hingga 10 Disember 2023. Dari 7:00 pagi hingga 8:00 malam.

Lululemon Malaysia

Acara komuniti itu akan menampilkan pengalaman kesejahteraan holistik seperti yoga, latihan, dan larian serta sesi mandian bunyi bersama rakan lululemon dan duta jenama Malaysia. Termasuk Umi Atiqah, jurulatih yoga bertauliah, dan Katrina Taib, pemilik studio kecergasan CLUBALOHA. Para tetamu juga berpeluang menikmati jus yang menyegarkan, bagi meningkatkan lagi keseluruhan pengalaman.

Hasil daripada acara itu akan disumbangkan kepada rakan program amal. Antaranya Here To Be lululemon, Buku Jalanan Chow Kit, sebuah NGO yang berusaha untuk menyediakan peluang pendidikan yang sama rata. Serta persekitaran membesar yang sihat untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bagi membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan. Acara selama dua hari itu menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini membuktikan komitmen lululemon dalam meningkatkan kesejahteraan para tetamu dan komuniti di mana jenama itu berkhidmat.

Layari laman rasmi lululemon untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut di sini.

 

Baca lebih lanjut: PERTUNJUKAN 3D INTERAKTIF SEPHORA MALAYSIA YANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

RAY-BAN KINI MEMBUKA STOR TERBESARNYA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut