“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN
Dr. Say Shaharuddin berkongsi tip dan trik bagaimana Apple Watch menjadi teman sempurna sepanjang bulan Ramadhan!
Sama ada untuk membantu anda bersenam tanpa rasa letih, sentiasa beringat tentang kesihatan dan kesejahteraan, atau hanya menjadikan kehidupan seharian lebih mudah kala sibuk membuat persiapan menyambut Hari Lebaran, menurut Dr. Say Shaharuddin – Apple Watch bersedia untuk menjaga kesejahteraan anda dengan hanya meletakkannya di pergelangan tangan anda!

instagram: say_shazril
Alarm adalah satu kemestian kerana Ramadhan datang hanya sekali dalam setahun dan kita tidak terbiasa untuk bangun untuk bersahur. Bangun pada waktu itu boleh menjadi sukar. Dr. Say berkongsi dengan memakai Apple Watch semasa tidur, getaran membantu dia terjaga tepat pada masanya.
Dr. Say juga paling menggemari, Sleep tracker kerana ia sangat berguna kerana dapat menyasarkan 6 hingga 8 jam tidur yang berkualiti setiap malam dalam bulan Ramadan. Umat Islam ingin menggunakan bulan ini dengan bijak untuk beribadah maka penting untuk mengimbangi dua matlamat ini. Aplikasi ini bertindak seperti reminder tentang matlamat diri dan membantu menjejakinya.
Aplikasi Mindfulness terutamanya ciri bernafas membantunya ketika dalam kesibukan harian yang boleh membebankan kesihatan mental kita. Luangkan masa sepanjang untuk memberi tumpuan kepada pernafasan boleh membantu membersihkan kepala anda dengan sangat baik dan mengekalkan tumpuan anda kepada hal utama.
Apple Fitness+ mengingatkan anda untuk sentiasa bergerak Ramadan ini. Anda juga boleh kekal aktif dengan aplikasi Fitness+, perkhidmatan kecergasan dan kesihatan pertama yang dibina sepenuhnya buat Apple Watch.
Sepanjang Ramadan, jadikan perjalanan malam anda sebagai pengajaran dengan siri Time to Walk mereka. Libatkan diri anda bersama orang yang berpengaruh dan berlatar belakang menarik.
Anda juga boleh terokai beberapa siri latihan dan meditasi yang dipilih, yang mana dapat membantu anda mencapai matlamat kesihatan anda.
Artikel Berkenaan: KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022
Summer holiday! Gaya kembara lebih hangat dengan padanan koleksi La Vacanza 2022 citra Versace.
ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM DAYA TARIKAN MASA DEPAN
Giorgio Armani memperkenalkan ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM sebagai haruman ikonik nan maskulin untuk lelaki masa depan.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Elemen kejutan, intipatinya di luar jangkaan. BLEU DE CHANEL Eau de Parfum aromanya memikat jiwa penuh aromatik dalam tiga dimensi.