Daft Punk Berpisah Selepas 28 Tahun
Duo muzik dance ikonik yang terkenal dengan kostum robot, Daft Punk mengumumkan berita yang mengejutkan ini melalui melalui sebuah video berjudul Epilogue.
2021 tidak bermula dengan baik buat peminat muzik dance! Duo ikonik Daft Punk telah mengumumkan perpisahan mereka selepas 28 tahun bersama. Sejak ditubuhkan di kota Paris, Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo telah menghangatkan generasi muzik dengan lagu-lagu dance dan pop yang pasti memberikan memori penuh kegembiraan.
Daft Punk mengumumkan perpisahan kumpulan mereka melalui sebuah video berjudul Epilogue. Dalam video berdurasi 7 minit 57 saat itu, mereka masih lagi mengenakan kostum robot yang kekal ikonik. Mereka mengucapkan selamat tinggal di sebuah padang pasir, sebelum salah seorang daripada mereka meletus. Video itu kini sudah menerima lebih 10 juta tontonan selepas berita ini diumumkan.
Berita yang menyedihkan ini telah disahkan oleh publicist Daft Punk sendiri iaitu Kathryn Frazier. Walau bagaimanapun, tiada alasan yang dikongsikan mengenai perpisahan ini.
Daft Punk telah ditubuhkan pada 1993 di Paris, Perancis. Album pertama mereka, Homework telah diterbitkan pada 1997 dengan menampilkan lagu hit klasik seperti ‘Around the World’ dan ‘Da Funk’. Melalui album Discovery pada 2001 pula, mereka membuat kemunculan dengan kostum robot yang kekal menjadi trademark.
Album Random Access Memories telah memberikan letusan kepada karier mereka sekali lagi. ‘Get Lucky’ yang menampilkan Pharrell Williams dan Nile Rogers telah menjadi mainan di seluruh dunia. Album studio terakhir mereka ini telah menjuarai carta Billboard 200, yang pertama buat mereka. Ia juga telah menerima lima trofi kemenangan di Anugerah Grammy 2014 termasuklah Album Tahunan dan Record Tahunan.
Sejak kemenangan besar itu, Daft Punk telah berkolaborasi bersama penyanyi popular seperti The Weeknd selalui lagu ‘Starboy’ dan ‘I Feel It Coming’ pada tahun 2016. Mereka juga pernah berkolaborasi bersama Kanye West untuk album berjudul Yeesus.
Daft Punk pasti diinagti sebagai antara kumpulan muzik dance yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Dengan lagu-lagu hit seperti ‘One More Time’, ‘Harder, Better, Faster, Stronger’, ‘Lose Yourself to Dance’ dan banyak lagi, mereka telah mencorak dan merevolusikan muzik dance sehingga ke hari ini.
Baca lebih lanjut: NOVAK DJOKOVIC KUASAI TERBUKA AUSTRALIA 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN
Selain daripada muzik barat, lagu k-pop juga kini mampu mencapai populariti yang sama dan lebih tinggi dalam industri muzik. Dalam dunia K-pop yang terus berkembang, setiap minggu kita akan menyaksikan pelbagai lagu baru mencipta gelombang di kalangan peminat. YouTube Music menjadi platform penting yang memaparkan lagu-lagu paling popular, dan carta teratas mereka sering menjadi petunjuk…
IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK
Sebuah revolusi muzik bakal kembali, KRU is back! Ikon legenda Pop Band Malaysia ini kini kembali menggegarkan industri muzik Malaysia.
RAHSIA AWET MUDA PHARRELL WILLIAMS PADA USIA 51 TAHUN
Setelah sekian lama peminat berteka-teki, Pharrell Williams akhirnya mendedahkan dua rahsia penjagaan kulitnya dalam satu temu bual bersama People.
PERKAHWINAN KANYE WEST & BIANCA CENSORI RETAK MENANTI BELAH?
Belum dua tahun mendirikan rumah tangga, muncul laporan mengatakan bahawa Kanye West dan isteri, Bianca Censori akan bercerai tidak lama lagi.
TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST
Temui top playlist Afgan, dari balada romantis hingga R&B yang penuh jiwa, meraikan karier muziknya yang ikonik!
KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME
Kendrick Lamar akan menjanjikan persembahan ikonik dan bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik dan budaya.