DANIIL MEDVEDEV TEWASKAN NOVAK DJOKOVIC DI TERBUKA AMERIKA SYARIKAT
Daniil Medvedev mengejutkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic untuk menjuarai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2021 dan piala Grand Slam pertama.
Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev memenangi piala Grand Slam pertama selepas memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat 2021. Pemain tenis dari Rusia itu mengejutkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dengan keputusan 6-4 6-4 6-4 pada acara akhir yang diadakan di Flushing Meadows, New York.
Dengan kemenangan ini, Daniil Medvedev menjadi pemain lelaki ketiga dari Rusia menjuarai Grand Slam selepas Marat Safin dan Yevgeny Kafelnikov. Pemain berusia 25 tahun itu memenangi kejohanan utama tenis selepas tiga kali kalah di peringkat akhir dan menjadi pemain kesembilan yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat sejak 14 tahun lalu. Pemain Austria, Dominic Thiem memenangi edisi tahun lalu.
Kekalahan Novak Djokovic kali ini memusnahkan harapannya untuk mencipta sejarah dengan memenangi kejuaraan Grand Slam keempat tahun ini. Sebelum kejohanan ini, pemain Serbia berusia 34 tahun itu telah menjulang trofi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini. Dia kini kekal dengan 20 kejuaraan Grand Slam keseluruhan, bersama Roger Federer dan Rafael Nadal.
“Saya ingin mengucuapkan terima kasih kepada pasukan saya, yang berada di sini ataupun sedangn menonton. Ibu bapa saya, keluarag saya, kakak-kaka saya. Dan rakan-rakan saya juga yang berada di sini,” ucap Daniil Medvedev yang hanya kalah satu set sepanjang perlawanan. Dia mengikut jejak langkah Rafael Nadal pada 2010 dan Ivan Lendl pada 1987 yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat dengan kekalahan satu set sahaja.
Untuk kategori wanita, Emma Raducanu daripada Britain memenangi kejuaraan Terbuka Amerika Sayarikat pertama dengan menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez. Pemain berusia 18 tahun itu mencipta sejarah dengan menjadi pemain wanita Britain pertama selepas 44 tahun memenangi trofi Grand Slam.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: LEONARDO DICAPRIO, JENNIFER LAWRENCE DAN MERYL STREEP BERSATU DALAM ‘DON’T LOOK UP’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERKEMBANGAN TERKINI ROGER FEDERER SELEPAS BERSARA DARI ARENA TENIS
Walaupun tidak lagi aktif dalam sukan tenis, kehidupan Roger Federer tetap menjadi perhatian ramai terutama peminatnya dari seluruh pelosok dunia.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON
US Open telah mula berlangsung 28 Ogos hingga 10 September ini sekali lagi dipertandingkan di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York.
15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
5 REKOD YANG DIPECAHKAN NOVAK DJOKOVIC SELEPAS KEJUARAAN DI ROLAND GARROS 2023
Novak Djokovic mencipta sejarah tenis selepas menjuarai Roland Garros 2023 buat kali ketiga, gelaran Grand Slam ke-23 keseluruhan memintas Rafael Nadal.
NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI TERBUKA AUSTRALIA KE-10
Novak Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas untuk menjuarai Terbuka Australia 2023 dan menyamai rekod Grand Slam ke-22 keseluruhan.