Skip to content

7 KATEGORI LELAKI WANITA SEBOLEHNYA MAHU ELAK! ADAKAH ANDA TERSENARAI?

Kongsikan artikel ini

Relationship is complicated huh? Apatah lagi melibatkan emosi dan perasaan. Buat wanita, sudah pasti mereka mencari seorang lelaki yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka. Akan tetapi ada beberapa jenis lelaki wanita elak.

Mengapa pula mereka mahu elak lelaki-lelaki ini? Apa salah kami? JPernahkah anda tanya diri sendiri jika anda antara yang tersenarai? Mungkin ada sebab anda masih single dan sukar mencari pasangan yang tahan lama. Let’s check it out!

7 JENIS LELAKI WANITA ELAK SEBAIK MUNGKIN

Jangan anggap ini perkara yang akan merosakkan hari anda pula! Kadang kala kita tidak sedar bahawa kita ini walking red flag. Yalah, asyik rasakan diri ini sangat hebat dan bagus. Jika anda sudahpun lama bersendirian dan setiap kali mahu berpacar tetapi asyik kena reject, cuba cermin diri sendiri terlebih dahulu.

1. THE BAD GUY

jenis lelaki wanita elak

Foto: Freepik

Bad guy, tidak semestinya mereka jahat, atau betulkah? Bagi wanita, lelaki dalam kategori ini adalah seorang yang berani, provokatif dan berbahaya. Yup kriteria ini ternyata menarik perhatian, pada permulaan satu perhubungan.

Tetapi apabila seorang wanita mula memikirkan tentang sesuatu yang lebih serius, wanita pasti akan mula meragui sama ada mereka menjalinkan perhubungan dengan lelaki, yang berkemungkinan besar mempunyai rekod jenayah pada masa lampau, apatah lelaki seperti ini berpotensi menjadi seorang yang agresif dan tidak mustahil akan menyakiti wanita.

2. THE BODYBUILDER

Eh apa benar dakwaan ini? Too much? Ada yang terkesankah? Tidak dinafikan, lelaki dengan badan tegap dan seksi kebiasaannya popular. Yang pasti, tiada apa yang salah bagi seorang lelaki untuk menjaga dirinya dan berusaha kelihatan lebih maskulin dan tampil lebih segak.

Namun apabila obsesi lelaki dengan keperibadiannya menjadi tidak terkawal, mengemas kini profil Instagramnya dengan gambar di gim selang setiap 5 minit, trust us women will turn off!

Ketahuilah, tidak semua wanita mendambakan seorang lelaki yang tegap sentiasa. Wanita hanya ingin merasa dicintai dan enggan mendedikasikan hidupnya dengan ‘kemahuan’ anda ini.

3. THE MAMA’S BOY

Oh no! Adakah lelaki ‘anak emak’ ini kurang digemari kaum wanita? Some women think that a man who loves and respects his mother will most likely love and respect his wife.

Jangan salah sangka dan cepat buat andaian. Seorang lelaki sewajarnya mengagungkan emak mereka, maklumlah syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibunya.

Namun, apa yang kami maksudkan adalah seorang lelaki yang tidak sudah-sudah mengharapkan emaknya, dari sekecil-kecil hal hinggalah ke sebesar-besar isu. Come on guys!

4. THE LOSER

jenis lelaki wanita elak

Foto: Freepik

Of course, lelaki jenis ini patut dielakkan! Sudahlah tidak bekerja, hanya mengharapkan duit ibu bapa atau kekasih saja.

Senang cerita, mereka ini adalah dari kelompok yang tidak bertanggungjawab, enggan komited dan tiada masa hadapan.

5. THE BABY

Sikit-sikit merajuk! Apabila seorang lelaki tidak dapat membuat keputusan sendiri, mudah tersinggung setiap kali anda mengambil masa lebih dari lima minit untuk membalas mesejnya.

Kaum wanita, anda dalam bahaya! Lelaki jenis ini mudah dikawal emosi dan wajarlah wanita akan cepat hilang minat dengan anda. Apa tidaknya, hal yang kecil pun dibesar-besarkan. Come on!

6. THE PUSHOVER

Jenis lelaki yang selalu mengikut telunjuk, malah mudah tunduk pada kemahuan kaum wanita. Tiada keberanian, tiada kecekalan. Dalam erti kata lain, lemah!

Walaupun ada sesetengah wanita suka jadi the queen, just saying tetapi ada juga wanita akan mudah turn off dengan sikap ini. Wanita mengharapkan seorang lelaki untuk tegas, firm dan tidak mudah gentar.

7. THE CHEATER

Siapa yang suka dengan penipu? Bukan wanita saja. Oleh itu, pentingnya seorang wanita untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk kekasih dan suaminya, kerana lelaki didapati amat mudah untuk mengkhianati (tetapi bukan semua ya), apatah lagi yang menipu tentang seksualitinya.

Benar bukan senarai jenis jenis lelaki wanita elak ini memang bermasalah? Oleh itu, buat lelaki tolonglah jaga hati dan perasaan pasangan anda ya. Sekali mereka terluka, selamanya anda akan dibencinya.

Teks Wan Firdaus

Artikel berkaitan: PEMANDU FORMULA 1 PALING KACAK, SIAPA PILIHAN ANDA?

By GLAM LELAKI
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut