Skip to content

ABBAS SAAD

Kongsikan artikel ini

JANUARI 2015

RAMAI LEBIH MENGENALINYA SEBAGAI BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL SERTA PENGULAS SUKAN DI SALURAN ASTRO SUPERSPORT. ABBAS SAAD BERCERITA DENGAN TERBUKA TENTANG SUKA DUKA BERGELAR BINTANG BOLA SEPAK

Teks & Penyelaras: Johan Kassim
Gambar: Patrick Chan
Seluar dan Tali Leher: Banana Republic

SIMPLE GUY WITH BIG DREAMS

session6955

“I am a simple guy!” kata Abbas ringkas tentang dirinya. “Simple guy yang bagaimana?” sambung saya. “I am a simple guy yang sentiasa mahu menjadi pemain bola sepak profesional. Saya dilahirkan di Beirut. Kehidupan di Beirut sangat mencabar. Kami sekeluarga hidup susah dan membesar di situ bukanlah satu pengalaman mudah untuk dilupakan.”

“Dengan peperangan melanda, kami sekeluarga membuat keputusan berpindah ke Australia. Lebih menyedihkan, saya kehilangan dua abang akibat peperangan and it was very difficult for me. Di Australia, kami sekeluarga membina hidup baru dan Australia will always be my home. Di sana, saya banyak belajar menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya hidup baru. But, I adapted really well.”

Abbas memberitahu sejak remaja lagi, dia memasang impian menjadi pemain bola sepak profesional. Dan ternyata impian itu memang menjadi kenyataan.

Dia memulakan karier pemain bola sepak sebagai penyerang bersama pasukan bola sepak Australia dan kemudian ditawarkan menyertai pasukan bola sepak Singapura. “Di awal kerjaya, saya menggalas bahagian serangan bersama pasukan bola sepak Australia. Bersama merekalah, saya pernah menyertai pelbagai perlawanan dan liga bola sepak gergasi seperti ‘FIFA U-20 World Cup’. Sejak itu, saya berusaha memperbaiki mutu permainan dan rasanya, setiap pemain bola sepak mengimpikan untuk pergi lebih jauh dengan menyertai pasukan bola sepak luar negara. Tambahan pula di era 80-an, sukar untuk kami bertanding di liga Eropah.”

Abbas menyambung, “Tak lama kemudian, saya ditawarkan menyertai pasukan bola sepak Singapura. Jujurnya, pada ketika itu, saya tak pernah dengar tentang Singapura! Tika itu, pasukan Singapura sedang mencari pemain import dan mereka mendapat tahu tentang saya menerusi pelatih saya. Oleh sebab itu, mereka datang ke Australia dan melihat cara saya bermain dan selepas itu, mereka langsung menawarkan kepada saya. Saya bersetuju dan membuat keputusan untuk berpindah ke Singapura. It was my first time being in Asia.”

SUKA DUKA BINTANG BOLA SEPAK

session6930Pada 1994, Abbas membantu pasukan Singapura memenangi Piala Malaysia dengan menjaringkan tiga gol dan melayakkannya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Kehebatannya bermain bola sepak di bahagian serangan menjadikannya popular dan digelar bintang bola sepak.

Namun, tahun 1995 menjadi titik hitam dalam kerjaya Abbas apabila dia didapati bersalah dalam mengatur atau merancang keputusan beberapa perlawanan Piala Malaysia yang disertainya pada 1994. Abbas telah didenda dan diharamkan daripada bermain bola sepak secara profesional buat selama-lamanya.

“Semasa kejadian tersebut, saya selalu memikirkan tentangnya. Saya tahu saya tak melakukan apaapa kesalahan. Dan semua orang termasuk ahli pasukan, keluarga dan peminat kenal siapa saya. Tak mungkin saya sanggup melakukan perkara sedemikian. I was very unfortunate at that time.”

“Dokumentari tentang ’95 Incident’ akan ditayangkan di Astro Disember nanti. Kami mengumpul dan merakam segala maklumat selama lima tahun. Segala informasi dan luahan dirakam dan dimuatkan dalam dokumentari tersebut. Harapnya, penonton akan mengikuti dokumentari tersebut dan segala pertanyaan akan terjawab.”

But how do you look at it now? “Saya rasa marah dengan apa yang terjadi. Selepas apa yang saya curahkan untuk sukan bola sepak, saya rasa seperti dipergunakan dan ‘didera’ juga seperti tak dihormati. Dan ketika itu saya tak faham mengapa ia terjadi, tetapi sekarang saya faham mengapa… Saya diuji dan Tuhan maha mengetahui dengan perbuatan saya.”

“What did you learn from that incident?” “Jangan mudah percaya orang. I think that I trust too many people easily.”

“Keluarga, teman rapat, ahli sepasukan dan peminat banyak memberi sokongan moral kepada saya sepanjang tragedi tersebut. Sokongan padu yang diterima, memudahkan saya mengharungi tragedi hitam itu. Saya bertarung menempuh tragedi tersebut dan akhirnya saya menang kes tersebut. Since then, I moved on to the better days,” luah Abbas.

MENDOMINASI BIDANG PENYIARAN

Selepas tragedi 1995, Abbas tidak lagi aktif sebagai pemain bola sepak. Dia pulang ke Australia dan bertukar profesion sebagai usahawan dan pelatih bola sepak.

Generasi baru lebih mengenali Abbas sebagai pengulas sukan menerusi saluran Astro Supersport. Dia kini bergiat sepenuh masa sebagai pengulas sukan dan dia mengemudi kerjaya tersebut selama sepuluh tahun. Abbas berkarisma, bijak berkata-kata dan berpengetahuan luas dalam sukan bola sepak, menjadi sebab mengapa ramai mengikuti rancangannya.

“Sekarang saya tergolong dalam kelompok pakar tentang sukan bola sepak. Kami berperanan mendidik penonton tentang bidang bola sepak dan dikehendaki mengulas sesuatu perlawanan berdasarkan perspektif kami. Ternyata, pengalaman ditimba banyak mengajar dan membantu saya dalam karier saya sekarang. Berbekalkan pengetahuan dan passion, rasanya tak sukar bagi saya untuk menyandang jawatan sebagai pengulas sukan. Because I’ve been there and done that.”

Bagi Abbas untuk menjadi pengulas sukan popular seperti bola sepak, anda mesti memiliki latar belakang bola sepak yang kuat. “Pengulas sukan bola sepak mesti ada latar belakang tentang sukan bola sepak dengan kukuh. Seperti saya, dengan pengalaman sebagai bekas pemain bola sepak, saya tahu selok-belok tentang sukan bola sepak dan perkara- perkara kecil tentang bola sepak dapat saya kesan. Kerana sesiapa pun boleh mengaku mereka mahir dalam sukan bola sepak tetapi tak semua memiliki daya pemerhatian yang tajam ketika membuat ulasan perlawanan secara langsung, berpengetahuan dalam ilmu sukan, tahu sejarah sukan dan adil serta tidak berat sebelah ketika membuat ulasan. Dan ternyata latar belakang tentang bola sepak adalah kemestian.”

*Ingin menbaca edisi lengkap artikel ini? Dapati GLAM Lelaki isu Januari 2015 versi digital sekarang.

 

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut
10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG POPULAR HOLLYWOOD

10 AKTOR TERKENAL YANG MERUPAKAN ANAK BINTANG HOLLYWOOD POPULAR

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

Bacaan Lanjut
Tanah Gajah Ubud Bali

OASIS PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024

GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024

Bacaan Lanjut