DILEMA MAHASISWA MODEN
JANUARI 2015
Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan. Bukan pertukaran pikiran. Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan dan bukan ilmu latihan menguraikan – W.S Rendra, penyair terkenal Indonesia.
Oleh Haniff Ali

Ungkapan W.S Rendra itu bukan sesuatu yang retorik, ia bermaksud betapa pentingnya peranan sesuatu pusat pendidikan dalam mencorak hala tuju pelajarnya. Adakah dengan menjadi pak turut atau sebaliknya?
Pak turut mungkin agak kasar bunyinya. Tapi itulah hakikat sebenar yang harus kita terima. Pak turut yang dimaksudkan adalah pelajar mengikut bulat- bulat apa yang dipelajari, didengari dan disuruhi tanpa ada inisiatif haluan sendiri. Jika disuruh buat perkara A, tidak pula mencadangkan perkara B, jika dilarang perkara B, tidak pula mencari sebab mempertahankannya.
Tidak keberatan saya katakan bahawa mahasiswa Malaysia ketika ini sudah semakin celik dan terbuka menerajui isu-isu semasa, sudah tidak lagi takut untuk bersuara dan mengetengahkan hak-hak mereka. Walau tidak secara meluas tapi sudah ada suara- suara kecil yang berani memulakan sesuatu. Pada ketika universiti yang menjadi tempat menuntut ilmu seharusnya menyokong dan memberi kebebasan untuk pelajarnya berdikari, majoriti universiti tempatan kita masih lagi menguasai pemikiran dan tindak tanduk pelajarnya. Apabila pemikiran dikuasai, maka tangan, kaki dan badan akan menuruti. Lantas idea-idea pelajarnya juga akan terhenti mati.
Adakah mahasiswa kini masih lagi dibelenggu dengan tekanan daripada pihak luar untuk melakukan sesuatu yang mereka rasakan betul? Tidakkah mereka merasa tercabar apabila pihak luar berkata mereka hendaklah kekal sebagai pelajar dan tidak boleh masuk campur urusan negara dan isu semasa? Jadi apakah tujuan gedung ilmu universiti ini pada masyarakat? Mengepung pemikiran anak muda yang berapi-api dalam mengetengahkan isu semasa adalah tidak adil sama sekali.
Ingin saya katakan bahawa tindakan sebilangan pelajar yang kadangkala menongkah arus ketika sedang menuntut ilmu adalah kebarangkalian pelajar yang cerah masa depannya. Sejarah dunia membuktikan bahawa bekas-bekas pemimpin pelajar yang sering ‘mencetuskan masalah’ sering menjadi pemimpin masyarakat apabila dewasa. Walaupun ada tindakan sebahagian dari mereka yang tidak boleh diterima masyarakat tapi semua itu adalah proses pembelajaran. Pembelajaran bukan hanya tertumpu ketika di universiti sahaja, malah ia adalah seumur hidup dan berterusan.
Jika dibandingkan dengan universiti luar negara yang memberi kebebasan untuk pelajarnya berdikari dan bebas menganjurkan seminar-seminar tentang isu semasa, universiti di Malaysia pula adalah sebaliknya. Mahasiswa dilarang untuk berinterpretasi dengan lebih kreatif dan ini menjadikan kita mundur semasa di universiti lagi. Adakah masa yang dihabiskan selama dua hingga lima tahun di universiti hanya untuk hadir ke kelas dan skor CGPA dengan cemerlang sahaja?
Adakah setakat untuk mendapat sekeping sijil ijazah kelas pertama? Betul kata orang, bagi mereka yang masuk kerana ingin mendapatkan sekeping ijazah hanya akan keluar dengan sekeping ijazah. Tidak lebih daripada itu. Kerana bagi mereka, yang lebih penting adalah perlu mendapat kerja selepas graduasi. Mereka lupa bahawa universiti adalah wadah perjuangan untuk mencari makna, pemahaman, mengenal diri, masyarakat dan paling penting kebebasan berfikir.
Mahasiswa kini perlu tanya pada diri setakat mana perjuangan mereka di universiti? Adakah mereka bebas melakukan aktiviti yang merancanakan minda atau menjadi kerbau dicucuk hidung? Tekadkan pendirian dan semarakkan api perjuangan. Jadikan mahasiswa Malaysia sebagai mahasiswa yang bebas dan mempunyai visi masa depan yang bermakna. Kerana anda adalah tunggak masa depan negara.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Kelanjutan Eksplorasi Material Hublot
Diperkasa dalam kesinambungan penyatuan elemennya, Big Bang Integral Ceramic ciptaan Hublot membariskan empat rona baharu dalam meniti eksplorasinya ke seluruh penjuru dunia.
TUGASAN DIRAJA RATU ELIZABETH II DIROMBAK BUAT KALI PERTAMA DALAM 10 TAHUN
Setelah beberapa bulan gering, Istana Buckingham mengambil langkah membantu mengurangkan beban Ratu Elizabeth II.
TARON EGERTON BAKAL MENGGANTIKAN HUGH JACKMAN SEBAGAI WOLVERINE?
Pelakon “Kingsman”, Taron Egerton dikatakan bakal menggantikan Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam filem terbaharu Marvel Cinematic Universe.
“SAYA AMAT BERDUKA” – HARRY STYLES UMUM PUNCA PEMBATALAN KONSERT
Baru 10 bulan menjayakan konsert Love On Tour, Harry Style memaklumkan dia terpaksa membatalkan persembahannya di Copenhagen, Denmark.
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Laman penstriman utama Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2022.