Skip to content

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

COLDPLAY BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Chris Martin Berkongsi Keterujaan & Permohonan Maaf

Menerusi temu bual bersama radio Hitz baru-baru ini, Chris Martin meluahkan rasa teruja untuk beraksi buat julung kalinya di Malaysia. “Saya amat teruja. Kami bertuah kerana antara matlamat kami adalah untuk berkunjung ke negara yang belum pernah dilawati. Kuala Lumpur adalah destinasi yang kami ingin kunjungi sejak sekian lama dan kami gembira kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sana.”

Vokalis kumpulan itu turut menyanjungi keperibadian rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai mesra dan peramah. Dalam masa sama, dia memohon maaf sekiranya kedatangan mereka menyinggung perasaan segelintir pihak.

“Setiap kali bertemu rakyat Malaysia, saya dapat rasakan kasih sayang dan kemesraan mereka. Semua orang dialu-alukan datang ke konsert kami. Kami sayang semua orang dan semua jenis agama. Sesiapa yang tidak gembira dengan kedatangan kami, saya minta maaf dan akan tetap menyayangi anda.”

Coldplay

Pengumuman kedatangan Coldplay ke negara ini dua minggu lalu lalu turut mencuri perhatian Perdana Menteri ke-10. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalukan kedatangan mereka dengan menitipkan ucapan ‘selamat datang’ berserta mesej istimewa.

“Coldplay, selamat datang ke Malaysia. Ayuh kita bekerjasama, melindungi alam sekitar dan menjaga keselamatan dunia. Terima kasih,” kata beliau dalam video yang dimuat naik berserta kapsyen, “Jumpa anda pada bulan November!”

 

Foto: Dave Meyers

Pautan berkaitan: MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

kumpulan search

KONSERT ‘FANTASIA BULAN SALJU’ SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN ARENA OF STAR, RESORT WORLD GENTING

Bacaan Lanjut
MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

MESEJ PENTING DI SEBALIK UCAPAN ‘SELAMAT DATANG’ PERDANA MENTERI BUAT COLDPLAY

Bacaan Lanjut
RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
BTS, COLDPLAY UNGGULI CARTA BILLBOARD

BTS, COLDPLAY UNGGULI CARTA BILLBOARD

Bacaan Lanjut
MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

MARK HOPPUS BLINK-182 AKHIRNYA DEDAH JENIS KANSER YANG DIHIDAPI

Bacaan Lanjut
PM INDIVIDU PERTAMA MENERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH

Bacaan Lanjut