DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang diet yang diamalkan ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles III.
Tom yang merupakan anak kepada Permaisuri Camilla dan bekas suami, Andrew Parker Bowles mendedahkan kepada The Daily Mail tentang permintaan kulinari yang dibuat oleh Raja Charles dan beberapa monarki terdahulu.
Pengarang berusia 50 tahun itu bakal muncul dengan buku terbarunya, Cooking and the Crown: Royal Recipes from Queen Victoria to King Charles III.
Menurut Tom, pasangan Diraja itu mengambil makanan ringkas dan menyihatkan dari sumber ladang. Diet pemakanan mereka dipantau oleh Chef Diraja Mark Flanagan, yang turut mengembara bersama pasangan itu ke ladang-ladang milik mereka.

Foto: Entertainment Tonight
Secara khususnya, Tom menyifatkan Raja Charles sebagai ‘hero makanan sejati’ yang mengamalkan apa yang diajarinya. Terutama yang berkaitan dengan kelestarian makanan.
Katanya, pantri Diraja sentiasa penuh dengan hasil ladang mengikut musim termasuk daging lembu dan kambing, juga sayuran dan buah-buahan seperti sayur chard, kacang polong, strawberi serta raspberi. “Tidak pernah berlaku pembaziran di meja makan Raja Charles,” katanya.
Minum Petang Sajian Kegemaran Raja Charles III & Isteri
Pengarang buku masakan itu menambah, bapa tirinya tidak mengambil apa-apa makanan pada waktu tengah hari dan sering melangkau makan siang. Semua ini untuk menikmati minum petang yang santai — tradisi lama di kalangan kerabat Diraja Britain yang dipandang serius oleh Raja Charles.
Minum petang Diraja secara tradisionalnya dihidangkan pada pukul 5 petang. Sajian kebiasaannya termasuk makarun, skon, wafer, biskut, petit fours, pralin, roti Chelsea dan roti rapuh. Tidak lupa bridge roll, krumpet, telur apung bersama roti bakar, potted shrimps serta sandwic berisi ayam, salmon salai atau daging.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(968x532:970x534):format(webp)/Queen-Camilla-King-Charles-Diet-092124-03-8b219699957b4ae6aa1aa8118095a135.jpg)
Foto: Getty Images
Pasangan Diraja itu juga sering memilih untuk menikmati makan malam santai secara sendirian dan bukannya di dewan makan. Bagaimanapun di Dewan St. George di Windsor atau dewan tarian Istana Buckingham, para tetamu tetap disajikan dengan tiga hidangan.
Katanya, menu masih ditulis dalam bahasa Perancis dan ia perlulah mendapat kelulusan daripada Raja dan Permaisuri.
Dalam bukunya, Tom turut berkongsi tentang makanan pilihan monarki terdahulu termasuk Ratu Eizabeth II dan Putera Philip. Juga bagaimana tukang masak di Istana Buckingham, Sandringham dan Balmoral menyediakan hidangan mereka.
Cooking and the Crown: Royal Recipes from Queen Victoria to King Charles III akan berada di pasaran bermula 25 September 2024.
Foto: Shutterstock
Pautan berkaitan: DIET ASAS TUMBUHAN ANTARA RAHSIA AWET MUDA LENNY KRAVITZ
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA
Demi membuktikan cinta, Raja Charles III menunaikan impian isterinya untuk melihat kawasan kediaman miliknya bebas daripada gangguan luar.
ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III
Siapa sangka lagu Anta Permana dendangan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai dalam playlist peribadi Raja Charles!
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN
Raja Charles III mengetepikan satu tradisi tertua di Britain sekali gus mengecewakan sebahagian rakyat jelata.
5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III
Potret yang dilukis oleh artis Britain, Jonathan Yeo itu didedahkan sendiri oleh Raja Charles di Istana Buckingham baru-baru ini.
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER
Lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, monarki Britain akhirnya membuat penampilan awam pertamanya sempena Easter.
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM
'Sudah jatuh ditimpa tangga' - itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.