TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party tahun ini dengan meriah. Bertemakan ‘Mismatched Chaos’, para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
Parti fesyen GLAM X GLAM Lelaki tahun ini, yang dianjurkan oleh Coach Malaysia adalah satu acara yang meriah dan hangat yang meraikan dunia fesyen. Diadakan untuk menghargai kepelbagaian fesyen, parti ini telah menarik pelbagai selebriti, model, pempengaruh media sosial yang telah membawa gaya unik masing-masing kehadapan.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Tema ‘Mismatched Chaos‘ mendorong tetamu untuk menjadi kreatif dan bereksperimen dengan pakaian mereka, menghasilkan pelbagai pilihan fesyen yang menarik. Mereka telah berjaya untuk mengikut tema dan membawa penampilan yang segar dan berwarna-warni dengan berani. Berlangsung di KLoé Hotel, Kuala Lumpur, acara ini menggunakan ruang dalaman dan luaran untuk mencipta suasana yang bersahaja.

Tetamu juga dapat melihat hiasan yang ceria dan terang menghiasi setiap sudut. Atmosfera itu turut dihangatkan dengan putaran muzik oleh DJ LIZZY. Dekorasi yang chic berlatarbelakangkan muzik yang bertenaga telah menetapkan mood dan vibe yang sempurna untuk parti fesyen ini.

Dianjurkan oleh Coach Malaysia, Shiseido Professional Malaysia dan KLoé Hotel, acara eksklusif ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Kreatif GLAM dan GLAM Lelaki. Perasmian tersebut menetapkan pentas untuk satu malam yang penuh glamor dan meriah.
Semasa acara berlangsung, para tetamu berpeluang untuk bergaya di dinding foto GLAM X GLAM Lelaki. Mereka telah menggayakan penampilan yang telah dipilih mengikut tema malam acara ini. Kehadiran ‘TABBY BAG‘ ikonik Coach dan aksesori lain menambah sentuhan mewah pada malam acara tersebut. Secara tidak langsung, malam acara ini telah memperkuatkan pengaruh jenama Coach dalam dunia fesyen kini.
Antara selebriti yang hadir ialah cover star GLAM Lelaki iaitu Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Hael Husaini, Sean Lee, Mimi Lana, Zhen Ning, Siti Saleha, Jack Gohr, Perry Kuan, Ali Reza, Fazziq Muqris, Ahmad Ezzrin Loy dan ramai lagi. Pasangan hangat Fattah Amin dan Nur Fazura bersama kumpulan gadis DOLLA dan DeFam turut menyertai senarai tetamu yang hadir.
Baca lebih lanjut: 25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026
Barisan duta jenama Bulan Bintang 2026 tampil hebat sempena pertunjukan fesyen Raya Next Chapter, mewakili generasi moden dan tradisi Melayu.
DOLLA ANTARA LINE UP CONCERT K-SPARK DI MALAYSIA SELAIN G-DRAGON, ITZY, HWASA &DPR IAN
DOLLA bakal berkongsi pentas bersama G-Dragon, ITZY, Hwasa dan DPR Ian di K-SPARK Concert, Stadium Merdeka pada 31 Januari 2026.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
IMBAS PERSONALITI ANTARABANGSA YANG PERNAH MEMAKAI REKAAN RIZMAN RUZAINI. SEPERTI LADY GAGA.
Dikenali dengan rekaan mewah, sofistikated dan beridentitikan keanggunan moden, pereka Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan bintang ternama.
LUNAR NEW YEAR 2026: KOLEKSI PERAYAAN DARIPADA PEREKA TEMPATAN
Lihat koleksi Lunar New Year 2026 daripada pereka fesyen Malaysia, dari menswear moden hingga busana warisan kontemporari.
COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA
GL Gang, Hakimi Noordin menyertai sesi penggayaan istimewa #StyledbyJK untuk mencari padanan pakaian dan beg Coach Holiday 2025 terbaik




























