Skip to content

TIP FESYEN RAYA TERBAIK UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini
4 of 4

3. SAMPING

Tidak akan lengkap penggayaan baju melayu anda tanpa pemakaian samping yang bertindak seakan aksesori yang melengkapkan baju melayu anda. Namun, tahukah anda pemakaian samping ada cara dan tertibnya. Pemakaian kain samping juga turut menyatakan status seseorang. Status disini bukanlah darjat malah ianya menentukan status seseorang individu itu sudah berkahwin ataupun masih bujang.

Jadi ini adalah cara pemakaian samping yang betul:

i) Lelaki yang masih bujang / belum berkahwin – Dipakai di atas paras lutut.

ii) Lelaki yang sudah berkahwin – Dipakai di bawah paras lutut.
Yang pasti, anda boleh memilih jenis-jenis sampaing yang dirasakan sesuai seperti samping soket, tenun mahupun kain pelikat. Jenis-jenis ikatan samping yang wajar anda tahu.
i) Ikatan Pancung – Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah.
ii) Ikatan Kembung – Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai oleh mempelai laki-laki dalam acara pernikahan adat Melayu. Kata “kembung” berasal dari kesan menggembung saat memakai ikatan ini. Kain sarung ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan untuk kemudian diikat dan disimpul dalam berbagai macam cara agar melekat di pinggang.
iii) Ikatan Lingkup – Ini adalah cara memakai kain samping yang paling sering dipakai orang. Kain sarung digulung ke atas dan dilingkup ke bahagian depan atau bahagian samping. Mirip dengan cara memakai sarung untuk keperluan sehari-hari. (Sumber: projektravel.com)
Saksikan tutorial mengikat samping yang disediakan oleh Astro Awani ini:

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Jun 2017

 

4 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI

Bacaan Lanjut
6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026

Bacaan Lanjut
TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut