Skip to content

5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR

5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR

Kongsikan artikel ini

Nadhir Nasar kembali beraksi dalam filem Chelot, karya baharu bersama barisan pelakon-pelakon dihormati seperti Beto Kusyairy dan Shaheizy Sam. Ini merupakan filem lakonan Nadhir Nasar yang ke-17 setelah melakar diri di tapestri filem pada tahun 2019 dengan Cerita Hantu Asrama.

Sebelum bergelar pelakon, Nadhir memulakan karier di pentas peragaan sebagai model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2016 sehingga 2019. Namanya mula diukir di pandangan umum sebagai peserta dan juara Hero Remaja pada tahun 2020. Kini, diskografinya merentasi genre termasuklah aksi, horror, dan drama. Ia dipenuhi filem-filem yang cukup hebat, seperti i-Tanggang: Mother of All Lies, Projek: High Council, dan Magik Rompak. Lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.

 

Chelot

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N (@nadhirnasar_)

Berambut buzzcut oren, Nadhir memotretkan sisi rugged ketika memainkan watak Chacko. Filem Chelot mengangkat kisah Inspektor Haqqim, pegawai Unit Operasi Khas yang juga merupakan sindiket penyeludupan senjata. Filem ini juga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi babak aksi satu syot teroanjang dalam filem, iaitu 1.9 kilometer yang dirakam selama lima minit 19 saat.

 

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N (@nadhirnasar_)

Filem arahan Michael Ang ini diadaptasi dari drama Mr. Hiiragi’s Homeroom karya Shogo Muto. Nadhir Nasar sebagai Cikgu Hiragi nekad membongkar misteri kematian mangsa buli, Reena. Kematian pelajar itu semakin membina tanda tanya apabila kesemua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang insiden hitam itu. Namun, tiada siapa yang akan terselamat sehinggalah kebenarannya terbongkar.

 

Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah (movie, 2024)

Pendekar Awang Darah Indera Gajah merupakan filem spin-off daripada filem 2022, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Nadhir memegang watak Tahir, pahlawan berilmu yang bersedia menentang British. Ia juga menandakan penampilan sulung Nadhir di layar perak.

 

Projek: High Council

Nadhir Nasar - Tiada Lagi 'Hilmi', Projek: High Council Papar Realiti ...

Siapa sahaja yang tidak familiar dengan Projek: High Council? Fenomena yang juga menjadi satu lagi batu loncatan bagi Nadhir. Dia memainkan karakter Naim, abang Fakhri, yang juga merupakan seorang ketua pengawas di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Projek: High Council melakar kisah gangsterisme di sekolah tersebut yang juga mengambil inspirasi dari kisah benar.

 

i-Tanggang: Mother of All Lies

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N (@nadhirnasar_)

Disiarkan pada tahun 2021, i-Tanggang mempersembahkan naraasi Syafiq. Syafiq ialah seorang remaja yang terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan demi menanggung keluarganya termasuklah lima orang adik. Keterpaksaan ini kemudiannya memupuk rasa kebencian Syafiq terhadap ibubapanya.

Arikel berkaitan: FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

Bacaan Lanjut
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968

6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut
YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA

YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA

Bacaan Lanjut
LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU

LEVI’S® BLUE TAB™, EVOLUSI DENIM DALAM DIMENSI BAHARU

Bacaan Lanjut

BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026

Bacaan Lanjut
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut